Tuesday, January 26, 2010

Menonton Filem Adnan Sempit di Alamanda Putrajaya...



Assallamualaikum....
Semalam selepas makan Dim Sum kami pergi menonton cerita Adnan Sempit bersama wife dan Adam..
Cerita ni memang kelakar sebab wife dan penonton ketawa melihat aksi-aksi ketika di tayangkan.. cuma aku je kurang ketawa sebab mungkin tak kelakar bagi aku.. tapi wife aku dan orang lain boleh katakan asyik ketawalah..
Aku ketawa sikit je banyak senyum je..
Aku suka Along raja lawak & Angah raja lawak ...
Tapi yang paling best sekali bagi aku yang aku ketawa sungguh-sungguh adalah bila nak last cerita bila si Adnan ni cuba explaint pada Pakcik atau Dato .Dia cakap broken english .. masih lucu sungguh lah...
Apa pun bagi aku ini cerita Melayu yang paling best untuk tahun ini lawak,jenaka dan juga aksi sempoi... pada watak Adnan tu memang kena pada pelakonnya ...
Pergilah menonton pasti tak rugi punya kalau beli ticket....
Berbaloi-baloi....

Wassallam...

Makan Dim Sum di Cyberview Lodge




Assallamualaikum...
Sempena Menyambut Hari Ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9... kami sambut di restoran di Cyberjayaview lodge ( Chines Restoran) sebab wife nak makan Dim Sum di sana. Ini bukan kali pertama aku makan di sana sebab sebelum ni pun masa office lama di cyberjaya memang ini tempat kegemaran.. bagi wife ini adalah kali ke 2 dia makan Dim sum disini...

Wassallam....

Malam di Kuala Lumpur






Assallamualaikum....
Last week Friday sebelum balik rumah di Ulu klang sempat mengambil gambar pemandangan dari Flat Kampung Baru..
Pemandangan ini diambil selepas hujan turun dgn lebatnya di kuala Lumpur..
Gambar tak lah berapa menarik sebab di ambil menggunakan camera phone je... 2mega pixal pulak tu....

Oklah.. bersyukur dengan apa yang ada itu yang utama...


Wassallam

Wednesday, January 20, 2010

Sinar FM di Jasco Au3 bersama Maggi






Raja Azura (Kak Engku) & Abby Fana



Assallamualaikum...
Lepas balik dari makan tengahari di Nasi Arab kami pergi ke Jasco Au3 saje je nak beli sayur sikit dan juga nak tengok Sinar Pagi punya Team...
Wassallam..

Pekena Nasi Mandi ( Nasi Arab di Restoran SABA )








Assallamualaikum....
Sabtu hari minggu yang lalu kami pekena Nasi Arab di restoran Saba dekat Jln Jelatek.
Lepas habis kuliah Ustaz Kazim Elias di Surau Kemensah kebetulan rasa lapar sebab tak sarapan pagi...
Kami pekena Nasi Mandi kambing (RM30) dan Nasi Mandi Ayam(RM20)...
Kami makan utk orang dewase 4 org dan kanak kanak 4 org juga..
Bila makan nasi ni rasa macam tak kenyang lah pulak ..order lagi satu nasi arab kali ni order nasi ayam grill pulak.. teringat pulak masa makan masa buat Umrah dulu ketika nak menghala ke Mekkah...
Apa pun memang berbaloi sebab dgn makanan macam tu harga sekitar RM95.00 sahaja jika dibandingkan dgn kalau kita makan di tempat lain ...
Bukan apa sebab teringin nak makan nasi Arab tu lah pasal....
Tapi katanya Nasi Arab di Cyberjaya lagi sedap.. tak tahu lah macam mana tapi restoran yang sama juga iaitu Saba.. Insyallah hari Jumaat malam sabtu ni kami ke Cyberjaya pulak utk rasa nasi di sana ....
Wassalllam..






Tuesday, January 12, 2010

Bantahan Menggunakan Nama Allah di Masjid Negeri Selangor Jumaat lepas





Assallamualaikum...
Gambar semasa majlis bantahan penggunaan nama Allah oleh gereja di masjid negeri shah alam jumaat lepas...
Ambil gambar guna handphone je..
Ramai juga yang hadir kebanyakannya adalah mereka yang kelapangan masa tu sahaja..
Ianya dianjurkan oleh ABIM selangor.
Wassallam.

Bantahan kenaikan harga gula di Ampang Point last Sunday


Assallamualaikum....
Last Sunday pergi Ampang Point nak beli jam anak so masa jalan-jalan tu pergi cari kedai jam terserempak dengan demo ni lah tentang kenaikan harga gula...
Gambar ambil dari belakang je sebab malas nak pergi kedepan ambil gambar.. lagi pun bawak anak sekali...

Hai..gula-gula...

Wednesday, January 6, 2010

Trip dari KL-Penang-Grik-Kuala Terengganu-KL -Part 7

Berhenti seketika di Masjid Geliga...
Masjid ni memang best dan merupakan masjid yang sangat popular di kemaman bagi yang selalu berulang alik ke pantai timur...


Adam pun tunaikan Solat bersama.. kelakar dan seronok bila melihat anak kita ikut sama apa yang kita buat...

Aiman tak happy sebab kena duduk belakang lepas tu kena share pulak dengan Adam.. dah lah Adam tidur satu set belakang...

Trip dari KL-Penang-Grik-Kuala Terengganu-KL -Part 6

Gambar-gambar yang diambil dari dlm kereta di Paka..
Kalau malam sini memang cantik sebab lampu-lampu yang ada di sini macam di kapal angkasa je pemandangannya....




Trip dari KL-Penang-Grik-Kuala Terengganu-KL - Part 5

Pekena Mee Sup di Pasar Payang Kuala Terengganu..
Sebelum nak balik ke KL singgah sekejap di Pasar Payang sebab wife nak makan Mee sup..
Katanya sedap .. Tapi selalunya kalau dia pergi ke pasar payang ni kerana nak makan Mee Sup wife selalu pergi ke kedai yang ini..
Dan pagi tu memang ramai sebab ramai yang last minute nak shooping sebelum buka sekolah...


Trip dari KL-Penang-Grik-Kuala Terengganu-KL -Part 4


Adakalanya bila waktu hujan lebat air tasik akan sampai mencecah ke jalan ini dan di kaki bibir kedai....

Ini merupakan Balai polis terapung di Tasik Banding... Atas bukit pun ada juga cuma yg disini mempunyai bot merin sekali...