Monday, June 28, 2010

Bercuti di Bukit Merah Lake Town Resort

Assallamualaikum...
Cuti sekolah yang lepas tidak berpeluang untuk membawa anak-anak pergi bercuti. So hari minggu yang lepas berkesempatan untuk membawa anak-anak bercuti.
Plan asal nak pergi ke Sekolah Al Barakah Ustaz Khazim Elias ,tapi disebabkan sesat beberapa kali sehinggakan dah lewat petang maka ubah plan untuk cari tempat penginapan.
Penginapan yang terdekat adalah di Bukit Merah Lake town resort.
Di bawah ini adalah beberapa aktivi yang menggembirakan Aiman dan Adam...

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur sempat bawa Aiman dan Adam ke Perkampungan Orang Hutan.
Di sini bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 20.00 bagi dewasa dan RM 17.00 bagi kanak-kanak. Memang berbaloi sebab kalau nak tengok perkampungan Orang Hutan yang dijaga sepenuhnya kena pergi ke Sandakan Sabah. Tapi di Bukit Merah ni kita boleh melihat penerangan yang detail dari peringkat baby Orang Hutan sampai yang ke peringkat tertua sekali.
Adam melihat gelagat Orang hutan yang sedang Mandi...
Salah seekor Orang Utan yang sedang mandi dan juga minum.


Ranjer sedang membunuh ular yang terdapat di kawasan Orang Utan. Sebabnya adalah amat merbahaya sekiranya ular tadi mematuk Orang Utan yang terdapat di dalam kawasan itu.
Pada waktu malam selepas balik dari menaiki bot dan Hood ( melihat zoo pada waktu malam).Adam lapar nak makan so kami order fish and chip tapi ...hemmm tak best harga RM 10.00 fish hemm macam tempe .. berminyak.. pendek kata memang tak best lah makan ... Gerai2 yang menjual makanan pun tak berapa sedap.. tapi kalau dah lapar hentam sajalah ...
Gambar Adam pakai camera phone..
Adam ambil gambar ayah dan Aiman guna camera phone.. not bad ...
Adam yang keletihan...

Apa pun Aiman dan Adam seronok bercuti di bukit merah...
Nak plan nak ke Gunung Jerai nak bercuti di puncaknya pula...

Wassallam.