Thursday, February 16, 2012

Silat di Singapore


Assallamualaikum...
Tidak disangkakan, di Kota Singapore masih lagi mengekalkan warisan Melayu iaitu Silat.
Yang bagusnya dewan itu di kongsi bersama-sama oleh bangsa lain iaitu Cina dan India.



Satu warisan yang harus kita ikuti di negara ni walaupun dengan kesibukan kota.

Wassallam..

Makan Sup Tulang Singapore


Assallamualaikum ..semua..
Pada cuti sebelum Tahun Baru Cina yang lalu.. kami telah berkunjung ke Negeri Singa iaitu Singapore. Saja-saja berjalan sambil shooping.
Kami di bawakan oleh rakan kami wakil dari Yokohama bikers makan di satu foodcourt yang mana makanan istimewanya adalah Sup Tulang.
Kalau dilihat sup tulang Singapore ini adalah berlainan daripada sup-sup yang lain. Lihatlah gambar seperti di atas. Warnanya merah tapi tak pedas. Standard citarasa warga Singapore lah. Kalau pedas sangat mungkin susah nak jual...
Apa pun rasa nya tak lah sesedap. Mungkin tak dapat makan di kedai yang dikatakan sedap.
Apa pun itu mengikut citarasa masing-masing.


Apa lagi.. kalau berkunjung ke Singapore pastikan pekena Sup Tulang Singapore ya...

Wassallam...

Wednesday, February 15, 2012

Makan-makan di KL Sentral.


Assallamuallaikum semua...
Kali ini kita ubah selera makan di tempat lain pula..
Kita ke Kelantan Delight KL Sentral.
Restoran ini terletak di tingkat 2 Sooka. Suasana di dalam restoran amat menarik sekali.
Kali ini saya berpeluang makan bersama-sama customer. So apa lagi bantai lah..
Harga di sini amat berpatutan dan rasanya juga sedap.
Kelantan Delight ini juga ada cawangan di KLCC dan Subang. Last time masa makan di KLCC macam tak berapa menarik. Tapi di KL Sentral ni memang sedaplah.
Apa pun cubalah try di sini.
Sesuai untuk mereka yang nak makan dengan orang yang tersayang...
Wassallam.

Tuesday, February 7, 2012

Harga dah Naik Nasi Briyani Ruz Alladin


Assallamualaikum....
Tadi anak kata nak makan nasi dengan daging yang sedap dekat kedai Toyota..
So kedai itu adalah Nasi Briyani Ruz Alladin.
Bila dah duduk dan diberikan senarai menu terkejut juga sebab harga naik melampau tu..
Padahal sebelum Tahun Baru Cina bulan lepas ( Jan 2012) harga nasi briyani biasa untuk ayam adalah RM 9.00 sahaja.
Tapi kini tengoklah seperti di atas... entahlah nak kata apa...
Kalau nak naik pun agak-agak lah...
Ini naik sebanyak RM 5.00 tu...

Kalau macam ni, nampaknya kena ubah lah. Kalau nak makan yang sedap-sedap macam ni ke buat 3 bulan sekali ke atau ada hari- hari yang tertentu sahaja...

Wassallam...

Aktiviti di tepi pantai Terengganu sempena cuti Raya Cina 2012.


Assallamualaikum...
Pada cuti tahun baru cina yang lalu penulis serta anak-anak sempat berkunjung ke pantai di Terengganu untuk melihat aktiviti memancing.
Di sini seawal pagi ramai yang telah pergi ke laut untuk menangkap ikan.
Kami sempat melihat dan berbual-bual dengan beberapa pemancing.


Anak-anak penulis sedang bermain dengan ikan yang di tangkap oleh pemancing di tepi pantau.....

Wassallam...

Meraikan Sempena Ulang Tahun perkahwinan yang ke-11


Assallamualaikum...
Selepas tahun baru Cina yang lepas.. genaplah penulis bersama isteri tercinta bersama selama 11 tahun sebagai suami isteri.
Oleh itu untuk meraikan hari yang indah itu,kami meraikan bersama anak-anak di Bora Ombak di Sg Pencala.
Suasana yang memang romantik amat lah indah.
Di samping makanan yang sedap. Penulis mencadangkan agar pembaca di luar sana untuk merasakan mee kari. Dengan bahan yang sempurna serta di dalam pinggan yang besar...mmmmuuummmm sedap sungguh..

Apa pun cubalah... tapi pastikan pergi hari gaji lah sebab makanan disini ala ala standard hotel atau restoran mewah...

Wassallam....

Ikan Bakar Tanjung Lumpur, Kuantan


Assallamualaikum semua...
Pada cuti sempena MaulidulRasul yang lepas... penulis serta rakan-rakan bikers mengadakan ride sempena kenduri kahwin sahabat bikers di Jengka 3. Selepas selesai majlis kenduri , penulis serta rakan bikers semua telah menuju ke kuantan untuk pekena Ikan Bakar Tanjung Lumpur. Oleh kerana kami sampai masih awal ketika itu,maka kami kena menunggu sedikit.
Apa pun masakan di sini memang sedap dan berpatutan.
Ini kerana harga amat berbeza di tempat masing-masing.
Kami singgah di sebuah restoran yang betul-betul di simpang masuk nak ke Ana Ikan Bakar Petai.
Makanan yang kami order memang banyak dan kami makan seramai 17 orang. Dan harga yang kami perlu bayar adalah sekitar RM 22.00 untuk seorang.
Boleh dikatakan memang berbaloi jika makan di sini.
Penulis sempat berbual dengan tuan punya restoran,beliau mengatakan seandainya hendak makan di sini untuk malam minggu, sama ada datang sebelum pukul 7 pm atau selepas pukul 10:00pm. Ini untuk mengelakkan daripada kita terpaksa menunggu terlalu lama.
Apa pun disekitar Tanjung Lumpur ini memang banyak restoran Ikan Bakar.
Cuma hati-hati takut terkena dengan harga yang tak terfikir oleh kita.
Sebelum beli dan suruh masak, pastikan yang semuanya dikira terlebih dahulu dan tanyakan berapa harganya selepas dimasak.
Ini untuk mengelakkan daripada kita menerima bil yang tak terfikir oleh kita.
Makan memang sedap takut nanti masa nak bayar terkebil-kebil pulak..

Apa pun cubalah ke Tanjung Lumpur, Kuantan...
Wassallam...

Toyota Service Center


Assallamualaikum semua...
Baru baru ini penulis menghadapi masalah dengan kereta Hyundai Getz 1.3 yang di gunakan dari tahun 2004 lagi. Kos repair untuk keseluruhan mencecah sehingga 15K. Ini termasuklah dengan gearbox dan sebagainya. Oleh kerana kos untuk membaiki melebihi dari kos downpayment kereta baru. Maka penulis mengambil keputusan untuk membeli kenderaan baru. Setelah melihat dan bertanyakan pada rakan-rakan, maka Toyota Vios menjadi pilihan.
Ini kerana dari segi harga serta service yang diberikan.
Maka sebelum tahun baru cina yang lepas dapatlah penulis memiliki Toyota Vios. Dan sempena cuti yang panjang maka penulis sempat membawa pulang vios kesayangan ke Ganu kita. Oleh kerana kenderaan ini masih dalam pantang maka bawa pun tak lebih dari 100km/j... terasa slow sungguh...
Lepas pulang bercuti, vios ini perlu di service. Oleh kerana masa weeken yang padat. Maka pada sabtu yang lalu penulis telah menghantar ke pusat service Toyota di Subang.
Tapi kena lah booking terlebih dahulu.
Vios penulis di tetapkan pada pukul 08:00 pagi untuk di service.
Pengalaman pertama penulis di pusat service Toyota memang menakjubkan.
Ini kerana kawasan dan juga ruang menunggu yang luas. Serta selesa.
Apa yang boleh dipuji, kenderaan penulis siap di service dan cuci tak lebih dari 1:30 minute. Ini berbeza jika di bandingkan dengan service center Hyundai yang mana penulis menghantar kenderaan untuk normal service tapi siap kalau booking pukul 08:00am maka kenderaan akan siap dalam pukul 12:30pm..memang mengecewakan... ini berbeza dengan pusat service Toyota.
Dibawah ini adalah gambar-gambar yang menunjukkan gambar sekitar pusat service Toyota di Subang.
Kenderaan kita dapat dilihat dari dalam ruang menunggu. Ini kerana semuanya ianya dikelilingi oleh glass. Tidak seperti service center yang lain. Yang mana kita tidak dapat melihat apa yang berlaku.
Disediakan juga untuk kanak-kanak bermain sambil kita menunggu kenderaan siap di service.
Ruang sofa dan juga TV. Tapi tidak di pasang.
Di bahagian lain kita boleh melihat kenderaan kita di service.
Jadual kenderaan yang di service. Kita boleh melihat apa yang sedang berlaku.
Dari segi permulaan-spare part- cuci sehingga siap.
Semuanya dalam jadual yang systematic. Ini berbanding dengan pusat service center lain.
Antara makenik dan juga pegawai yang bertugas untuk memastikan kenderaan pelanggan memenuhi piawaian yang dikehendaki.
Apa pun penulis happy buat masa ini dengan Vios yang di beli.
Kepada makenik Toyota di Subang selamat menjalankan tugas anda dengan baik.
Wassallam.