Monday, October 22, 2012

Kembara Masjid Siri Ke-2



Assallamuallaikum kepada para pembaca diluar sana.
Pada 13 Okt 2012 telah berlangsungnya ride kali yang kedua Kembara Masjid untuk kami di club MEC
Kali ini tumpuan masjid yang dilawati adalah di sekitar Negeri Perak Darul Rihduan.Kembara kali ini disertai seramai 28 anggota. Dan sebanyak 25 moto berkuasa besar mengikuti untuk ride kali ini.
Acara bermula di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Subuh.
Cuaca pada pagi itu amat baik sekali sekitar Kuala Lumpur.


Kembara memulakan perjalan sekitar jam 07:30 pagi selepas bacaan Doa disampaikan oleh Imam Masjid Wilayah iaitu Ustaz Halim.
Konvoi pertama adalah menuju ke Bidor untuk bertemu dengan saudara Mie Perak yang menaiki R1.
Dalam perjalana kami menuju ke Bidor hujan telah turun disepanjang perjalanan.
Maka ada yang basah namun kembara harus diteruskan walaupun cuaca tidak berapa baik.
 Kembara hari pertama amat mencabar minda kerana hujan yang turun disesetengah tempat. Cuma hari kedua sahaja cuaca amat baik sekali.

 Salah satu masjid yang dilawati iaitu masjid yang tercantik di Malaysia di Kuala Kangsar.
Di Masjid ini di dalamnya amat sejuk dan dingin. Nak dikatakan ada aircond tidak pulak kedengaran bunyi blower. Tapi memang dingin dan nyaman sekali. Mungkin kedudukannya di puncak bukit serta seni binanya yang cantik dan indah sekali.

 Apa yang hendak diperkatakan untuk kembara Masjid kali ini, Masjid Lama di sekitar Negeri Perak ini boleh dikatakan ianya tidak dijaga malah telah diubah suai sehingga diubah mengikut seni bina moden.
Berbanding dengan Masjid lama di Negeri Melaka yang mana ianya dijaga dengan rapi serta dipelihara seni bina untuk tatapan generasi akan datang. 















Salah satu keindahan Masjid di Kuala Kangsar. Memang indah dan nyaman sekali apabila berada didalam masjid ini.

















Salah satu masjid lama yang masih mengekalkan bentuk asalnya.



 Wasallam...