Wednesday, November 19, 2014

Tengok konsert Jamal Abdillah 2014

Sempat menyaksikan konsert Dato Jamal Abdillah dgn penyanyi dari Indonesia... di Istana Budaya baru baru ini.
Dengan penampilan khas Anak Dato Jamal Abdillah sendiri dan juga Eddy Silitonga juga serta bersama-sama anak mereka.
Penulis sempat bergambar di akhir persembahan konsert malam itu sempena Hari Kemerdekaan Malaysia. 
Penulis serta keluarga ....
Antara rakan yg ikut sekali menyaksikan konsert kali ini...
Boleh lena ...dgn sound system yg kuat tu...
tapi kali ini sound system tak sesedap macam dulu. Sebab konsert kali ni Dato Jamal punya bukan under istana budaya...
Kalau under istana budaya best.. ada lagu tambahan... sekarang ni kalau konsert Jamal habis konsert habis je.. tak macam dulu.. kalau dulu hari minggu atau last ada lagi tambahan lagu lagu.. lagi best...
Akan datang kalau konsert Dato Jamal ini di bawah Dato Jamal sendiri, penulis malas nak menyaksikan.. nak tunggu kalau Istana Budaya yang buat baru nak pergi.
Acara pemotongan Kek sempena Kemerdekaan Negara.

Wassalam...

Lukisan 3D di Malaysia..

Salam...
kepada yg pernah ke negara lain mesti pernah melawat lukisan 3D ni kan.. 
baru baru ni berlangsung nya pameran lukisan ni di The Curve..
Apa lagi.. kami mengambil peluang lah untuk bergambar...anak anak je lah...
Adam dengan aksinya.... 
Yang ni nampak menarik.. berbanding yg lain.. kena pandai ambil gambar juga kalau tak nampak tak real sangat....
Money..money...

Itu sahaja...

Wassallam. 

Ride udang galah Rompin & Kopi Kluang Station Original

Salam Semua.. 
kalau tengok gambar udang tu pasti rasa laparkan....
memang best sesekali makan jauh sikit..
kali ni kami ke Rompin nak makan udang galah.
Nak cari ride jauh supaya nak latih diri supaya nanti masa ke 1000 conner tak terasa sangat.
Dan juga sempena sahabat kami nak memperkenalkan isteri muda beliau...he he he...
Bagusnya udang galah ni dah di buang perut nya supaya katanya tidak mengantuk dan sebagainya.. kami balun je lah...
Antara rakan rakan yg dah mula makan permulaan dahulu.
Geng Mem.. macam biasalah.. makan dulu apa yang patut.
Sedapkan... mau tidak.. yg masak sambal lain... yg goreng kosong pun lain...
Udang galah disini mereka masak dah buang bahagian yg boleh sakit perut katanya. So tak perlu risau sangat.
Macam-macam aski kawan kawan kami ni....
Semua tersenyum puas....
Dah lepas makan udang galah.. kami plan nak cari jalan yg jauh pulak..
maka kata putus kami.menuju ke Mersing dan seterusnya ke Kluang Johor.
Di Kluang bukan apa.. nak pekena kopi original Kluang Station.
Dulu ada isu pasal Halal.
Nampak tanda Halal di dinding dah renew..
kalau nak rasa yang original kena datang di bandar kluang. Di betul betul di stesen keretapi Kluang.

Apa.pun.. just ride dan jalan jalan cari makan...

Wassallam.