Tuesday, July 13, 2010

Nasi Arab Di Restoran SABA Setiawangsa





Assallamualaikum...
Bila terdengar nasi arab pastinya terasa lapar di perut.
Mana tidaknya,apabila kita order nasi arab kalau tengokkan hidangan yang akan di hantar tu macam untuk makan 3 orang,tapi bila makan ...huuuhhh.. macam tak cukup lah pulak..
Apa pun nasi arab yang sedap setakat ni adalah di Restoran Saba..
Katanya di Cyberjaya ada juga Saba Restoran tapi pernah test sekali macam tak berapa menarik berbanding di Setiawangsa ni...
Apa pun untuk 3 orang makan dengan airnya harga sekitar RM 50.00 sahaja...
Oleh itu kira berbaloi lah...
Kalau pergi malam minggu memang kena datang awal.. hari biasa pun ramai orang inikan pula malam minggu.. kalau tak buat tempahan ada kemungkinan hanya makan roti lah sebab nasi dah habis..

Apa pun... sedap makan nasi arab ayam panggang dan juga kambing.. heemmmm sedap...

Cubalah...

Br
Dinrika

No comments:

Post a Comment