Monday, August 30, 2010

Di Komplek Kraf Kuala Lumpur.

Assallamualaikum..
Semalam sempat bersiar-siar bersama keluarga di Komplek Kraf.
Ini merupakan kali yang ke dua semasa bulan Ramadan sebab disini ada banyak jualan sempena menyambut hari raya.
Tempat yang bagus,cantik,luas.. dan tak lupa banyak aktiviti yang dijalankan di sini..
Lagu Ghazal Johor lah katakan..
Adam duduk dibalik kipas... seronok main dengan fan sebab berangin...
Aiman yang sememangnya suka melukis tidak melepaskan peluang ini untuk melukis...bayaran hanya RM15.00 untuk satu lukisan...


Apa pun,Aiman kata kalau boleh nak datang lagi sebab boleh melukis... best katanya...
Wassallam.

No comments:

Post a Comment