Saturday, March 3, 2012

SANI Express


Assallamualaikum para pembaca semua.
Pagi tadi sempatlah pergi ke Hentian Putra untuk membeli ticket bas experss bapak mentua nak balik Ganu. Katanya dia nak naik bas SANI Express. Sebab SANI Express bagi discount kepada warga Emas 50%.Oklah tu. Tapi kena bawa K/P bapak mentualah..

Sampai di counter bila dilihat memang berbeza jika dibandingkan dengan counter Bas Express yang lain. Malah counter Bas Experess Tranasional pun tak macam tu.
Counter yang yang dari yang lain,cantik bersih.
Dan yang paling utama layanan yang diberikan oleh counter SANI Epress ni memang amat baik sekali. Seperti kita berurusan di Bank atau pusat service yang terkenal.

Kalau dulu kita beli ticket layanan macam acuh tak acuh sahaja. Tapi kini amat berbeza.
Baguslah kerana kini telah wujud persaingan di dalam industri Bas Express ini dan tidak di monopoli oleh individu tertentu.
Lihatlah kemudahan yang disediakan oleh mereka. TV LCD walaupun tiada apa tapi sekurang-kurangnya dapat menberikan info kepada para penumpang.
Yang bagusnya juga sesetengah bas ini dilengkapi oleh wifi percuma. Jadi tidaklah bosan sangat kalau dah ada internet ni semasa perjalanan nanti.

Lihatlah di counter dibahagian yang lain,tetap tidak berubah dari tahun 1998 sehingga kini. Ini kerana dulu memang penulis selalu menggunakan perhidmatan Bas Express ni bila pulang ke Ganu juga. La ni bila dah ada kereta sendiri memang dah lama sangatlah tak menggunakan bas Express.

Apa pun ini semua mengikut selera masing masing.
Yang penting kita sampai dengan selamat ke destinasi yang hendak dituju...

Wassallam...

No comments:

Post a Comment