Friday, April 6, 2012

Makan-makan di Restoran Wau Kota Bahru


Assallamualaikum...
Pada hujung bulan Mac yang lalu kami group riders telah menjelajah pantai timur..
So pada malam pertama kami di Kota Bahru, makan malam kami adalah di Restoran Wau.
Oleh kerana ramai yang kata best dan bagus, maka kami pun ingin mencuba lah merasakan makanan di sini. 

Suasana di Restoran ini memang nampak lain dari yang lain kerana perabut serta warna di dalam restoran ini berwarna putih.
Pelanggan memang ramai dan tidak putus putus berkunjung di dalam restoran ini.

 Kalau nak pesan makanan tu seeloknya pesan awal. Kerana masa menunggu untuk makanan yang di pesan amatlah lama. Kerana pelanggan yang terlalu ramai. Dan juga mungkin kerana kekurangan tukang masak. Pengurusan nya juga agak kelang kabut.

Penulis kena menambah order makanan iaitu bubur kacang bersama-sama dengan roti sebagai pengalas perut. Ini kerana kalau tidak maka laparlah kami.
Ada di antara pengunjung yang dah masuk..duduk..lepas itu keluar kerana tidak mendapat layanan yang sempurna. Tapi apakan daya jika kita melihat keadaan pelanggan yang terlalu ramai dan pengurusan yang agak kelam kabut sikit. Ada pelanggan yang sampai lewat boleh dapat makanan daripada mereka yang datang awal.


Sehinggakan ada antara group kami yang order makanan terpaksa menunggu 1 jam 30 minute.
Mujurlah melihatkan ada diantara rakan kami yang tidak mendapat makanan, kami berikan sedikit apa yang kami order lebih sebagai penenang seketika...

Apa pun ada beberapa makanan yang penulis boleh katakan yang patut di cuba iaitu : Nasi goreng paprik, Nasi Goreng USA serta bubur kacang. Kalau Nasi Goreng Wau tak best. Sup Tulang pun tidak berapa sedap.. yang lain ok rasanya menurut rakan-rakan penulis... 

 Lihat lah.. kami minum air jagung... pehhh best..sampaikan kami order 2 gelas.. Gelas pertama lain..gelas kedua lain...
Sekiranya anda ke Kota Bahru boleh lah singgah..
Selamat Mencuba...

Wassallam....

No comments:

Post a Comment