Salam...
Bagi yang belum lagi ke pasar baru dato keramat silalah berkunjung kesana.
Kalau naik train turun di hentian Damai.
Di pasar baru keramat ini tidak semeriah seperti di pasar lama keramat.
Banyak kedai yang hidup segan mati tak mahu pun ada.
tapi ruang parking memang penuh sebab ramai yg parking untuk naik putra ke tempat kerja.
Sayang bangunan cantik dan besar.. tetapi tak ramai yang nak berkunjung ke sini. Pihak pengurusan patut menjalankan sesuatu untuk memajukan. Tarik lah peniaga di pasar lama yg memang dah ada nama dan pelanggan tetap untuk membuka cawangan disini. Macam ikan bakar ke....
Apa pun. Gunakan dengan baik kemudahan yang diberikan.
Penulis pun tumpang parking disini. Tapi pagi tu breakfast lah di kedai kedai disini. Sekurang kurangnya dapat membantu ekonomi peniaga di sini. Kalau parking di luar tu kena RM3.00
Tapi kalau makan pagi RM3.00 boleh dapat nescafe tarik dan nasi lemak.. oklah.. sambil makan sambil tu parking.
Kalau ramai yg buat macam tu mesti maju kedai makan di sini.
Lokasi dah cantik dekat dengan lrt. Mana yg bekerja di KLCC ke kalau nak jimat boleh makan di sini...
Wassallam. ...
No comments:
Post a Comment