Tuesday, February 7, 2012

Ikan Bakar Tanjung Lumpur, Kuantan


Assallamualaikum semua...
Pada cuti sempena MaulidulRasul yang lepas... penulis serta rakan-rakan bikers mengadakan ride sempena kenduri kahwin sahabat bikers di Jengka 3. Selepas selesai majlis kenduri , penulis serta rakan bikers semua telah menuju ke kuantan untuk pekena Ikan Bakar Tanjung Lumpur. Oleh kerana kami sampai masih awal ketika itu,maka kami kena menunggu sedikit.
Apa pun masakan di sini memang sedap dan berpatutan.
Ini kerana harga amat berbeza di tempat masing-masing.
Kami singgah di sebuah restoran yang betul-betul di simpang masuk nak ke Ana Ikan Bakar Petai.
Makanan yang kami order memang banyak dan kami makan seramai 17 orang. Dan harga yang kami perlu bayar adalah sekitar RM 22.00 untuk seorang.
Boleh dikatakan memang berbaloi jika makan di sini.
Penulis sempat berbual dengan tuan punya restoran,beliau mengatakan seandainya hendak makan di sini untuk malam minggu, sama ada datang sebelum pukul 7 pm atau selepas pukul 10:00pm. Ini untuk mengelakkan daripada kita terpaksa menunggu terlalu lama.
Apa pun disekitar Tanjung Lumpur ini memang banyak restoran Ikan Bakar.
Cuma hati-hati takut terkena dengan harga yang tak terfikir oleh kita.
Sebelum beli dan suruh masak, pastikan yang semuanya dikira terlebih dahulu dan tanyakan berapa harganya selepas dimasak.
Ini untuk mengelakkan daripada kita menerima bil yang tak terfikir oleh kita.
Makan memang sedap takut nanti masa nak bayar terkebil-kebil pulak..

Apa pun cubalah ke Tanjung Lumpur, Kuantan...
Wassallam...

No comments:

Post a Comment