Tuesday, February 7, 2012

Toyota Service Center


Assallamualaikum semua...
Baru baru ini penulis menghadapi masalah dengan kereta Hyundai Getz 1.3 yang di gunakan dari tahun 2004 lagi. Kos repair untuk keseluruhan mencecah sehingga 15K. Ini termasuklah dengan gearbox dan sebagainya. Oleh kerana kos untuk membaiki melebihi dari kos downpayment kereta baru. Maka penulis mengambil keputusan untuk membeli kenderaan baru. Setelah melihat dan bertanyakan pada rakan-rakan, maka Toyota Vios menjadi pilihan.
Ini kerana dari segi harga serta service yang diberikan.
Maka sebelum tahun baru cina yang lepas dapatlah penulis memiliki Toyota Vios. Dan sempena cuti yang panjang maka penulis sempat membawa pulang vios kesayangan ke Ganu kita. Oleh kerana kenderaan ini masih dalam pantang maka bawa pun tak lebih dari 100km/j... terasa slow sungguh...
Lepas pulang bercuti, vios ini perlu di service. Oleh kerana masa weeken yang padat. Maka pada sabtu yang lalu penulis telah menghantar ke pusat service Toyota di Subang.
Tapi kena lah booking terlebih dahulu.
Vios penulis di tetapkan pada pukul 08:00 pagi untuk di service.
Pengalaman pertama penulis di pusat service Toyota memang menakjubkan.
Ini kerana kawasan dan juga ruang menunggu yang luas. Serta selesa.
Apa yang boleh dipuji, kenderaan penulis siap di service dan cuci tak lebih dari 1:30 minute. Ini berbeza jika di bandingkan dengan service center Hyundai yang mana penulis menghantar kenderaan untuk normal service tapi siap kalau booking pukul 08:00am maka kenderaan akan siap dalam pukul 12:30pm..memang mengecewakan... ini berbeza dengan pusat service Toyota.
Dibawah ini adalah gambar-gambar yang menunjukkan gambar sekitar pusat service Toyota di Subang.
Kenderaan kita dapat dilihat dari dalam ruang menunggu. Ini kerana semuanya ianya dikelilingi oleh glass. Tidak seperti service center yang lain. Yang mana kita tidak dapat melihat apa yang berlaku.
Disediakan juga untuk kanak-kanak bermain sambil kita menunggu kenderaan siap di service.
Ruang sofa dan juga TV. Tapi tidak di pasang.
Di bahagian lain kita boleh melihat kenderaan kita di service.
Jadual kenderaan yang di service. Kita boleh melihat apa yang sedang berlaku.
Dari segi permulaan-spare part- cuci sehingga siap.
Semuanya dalam jadual yang systematic. Ini berbanding dengan pusat service center lain.
Antara makenik dan juga pegawai yang bertugas untuk memastikan kenderaan pelanggan memenuhi piawaian yang dikehendaki.
Apa pun penulis happy buat masa ini dengan Vios yang di beli.
Kepada makenik Toyota di Subang selamat menjalankan tugas anda dengan baik.
Wassallam.

No comments:

Post a Comment