Monday, May 6, 2013

Mee Kari Melaka

Assallamualaikum....

Pada cuti hari pekerja yang lepas penulis telah berkesempatan untuk ride dengan sahabat di Melaka dan juga di Seremban.
Oleh itu kawasan yang di tuju adalah Melaka.
Pagi itu saya sampai dan berjumpa dengan sahabat di Seremban pada jam 08:30am.. kami terus bergerak dari Toll Pedas Linggi menuju ke Melaka.
Nasib agak kurang baik kerana pagi itu hujan memang sangat lebat.
Kami berhenti berteduh seketika.

Kami mula meniggalkan hentian pada jam 10:30am menuju ke Akademik Laut Melaka.
Nak cakap di mana lokasi yang sebenar tak tahu sebab kedai makan ni berada di kawasan kampung.

Lihatlah Mee kari yang di hidangkan.
Penulis makan 2 pinggan.
Selain Mee kari ,Lontong juga sedap. Kalau lambat selalunya akan habis awal.
Kedai ini berada di hadapan rumah tuan empunya.
Menurut kata sahabat,.kedai ini tutup pada jamm 11:00am.
Dan nak menuju ke kedai ini sahabat kata ,ianya memang menjadi laluan trak basikal di melaka.

Alhamdullilah...
Habis sudah....
 
Wassallam.....
 

No comments:

Post a Comment