Kali ini penulis dan rakan rakan plan ride ke Hat Yai pulak.
Seramai 5 moto dan semuanya bawa mem masing-masing....
Kami mula bergerak dari RnR Sg Buluh jam 03:00am. Sebab nak sampai di check point immigration seawal pagi bagi mengelakkan kesesakan.
Kami sampai di Danok pada jam 08:00am.
So apa lagi makan pagi punya time lah.
Penulis mengikut sahaja pada rakan rakan lain. sebab ini adalah kali kedua penulis ride ke Thailand.
Sarapan pagi di salah satu gerai muslim di Danok selepas pintu masuk ke Thailand.
Mee hoon sup dgn kaki ayam sekali...
Penulis memang tak makan lah kalau macam ni...
Air teh ais dia sedap macam kita minum teh dangdut di Malaysia ni lah.
Kami sampai di Hotel Hay Yai pada jam 11:30 pagi.Oleh kerana keletihan maka masing-masing masuk bilik dan tidur dahulu...
Selepas berehat,masa untuk makan.
So apa lagi pergi ke floating market lah...
Pengankutan utama adalah tut tut....
Suasana di pintu masuk floating market...
Kalau nak makan pulut magga. Cari dekat wanita ini.
Dia punya pulut magga memang sedap.
Kalau mee hon pulak sebelah ni juga. Tapi gerai tu hanya buka pukul 10:30 malam sahaja. Awal memang tak buka lagi.
No comments:
Post a Comment