Monday, October 21, 2013

Ride dengan rakan rakan ke Hat Nyai again sempena BMW K1600GT baru keluar

Salam.

Sahabat baru beli BMW K1600GT.
So acara kali ini adalah ride ke Hat Nyai.
Tak ramai yang pergi kali ini.

Hanya 4 buah moto sahaja. Yang penting enjoy ride and ride for fun.


Antara makanan yang perlu di rasa oleh para pengunjung ke Hat Nyai.
Ni baru betul betul ayam masak merah.


Kena pulak dengan Air mata kucing...pehhh.
Order 2 gelas siap siap sebab nanti habis susah nak order lagi....
Di bahagian bawah pasar ada jual mata kuching yang kering.
So boleh beli. Bawak balik rumah lepas tu rendamkan dgn air panas sahaja. Tak perlu gula. Itu pun dah kira manis...

Diantara ulam yang diberikan... best tu...

Ini adalah kegemaran wife sahabat ...
Dia suka makanan ni. Kulit kaki ayam kerabu mangga agaknya..
Tapi memang licin lah..
Kalau tak salah di Kampung Baru juga ada jual macam ni.
Kedai yang popular dengan Mee Honn Soup tu kalau tak salah...

Ini dia kedai yang yang kami pergi makan tu.
Kalau ke Hat Nyai cakap dengan tut tut nak ke market. Pastikan market yg buka siang dan bukan yang dekat dengan Pink Hotel. Kedai ini terletak di tingkat atas sekali.

Kalau di bahagian dalam boleh lihat ada kedai kedai yang akan menjual bermacam macam barangan.
Tapi aku hanya pergi untuk makan, massage kaki, dan makan lagi....

Yang ini pula kalau makan pagi di Pekan Satun selepas sikit je dari boarder Thailand.
Makan di sini juga sedap... memang best..puas hati.

Apa pun moh kita ke Hat Nyai.
Bila orang kata kenapa kau selalu ke Hat Nyai, aku cakap sebab Kopi dan Ulam yang sedap.
Kalau nak pergi cari ayam memang banyak, cuma tepuk dada tanya iman sahaja.

Wassallam.






No comments:

Post a Comment