Monday, October 21, 2013

Solo Ride ke Cameron Highland

Salam Semua.

Hari Sabtu yang lepas penulis ride dengan rakan rakan ke Tanjung Malim untuk panaskan Engine.
Oleh kerana rasa macam dekat sangat, maka penulis ambil keputusan untuk ride solo ke Ipoh asalnya.
Apa bila melihat awan hitam di Ipoh sure hujan lebat.
Penulis menukar arah ke Cameron Highland.

Penulis teruk ke CH slow slow sebab jalan basah.
Dan banyak cerita mengatakan yang jalan ke simpang pulai banyak minyak.
So penulis ride berhati hati. Tapi bila jalan kering cuba cuba juga layan coner.

Penulis terus tuju ke Ladang Boh. Itu memang matlamat untuk ke sana. Sebab sebelum ni pernah sekali nak pergi. Dah sampai di pintu guard tapi masa melawat dah habis. So balik je lah masa tu.
Kali ni penulis kuatkan semangat untuk masuk ke ladang Boh ni.


Cantik pemandangan di sana... sejuk dan nyaman.. lagi pun baru lepas hujan....
Pemandangan dari dalam cafe di Ladang Boh....
Cantikkan...

Di lembah ladang teh Boh.....


Naik atas tu pekana nasi lemak buy 1 free 1, satu karipap dan Teh Boh ( Teh Tarik)....
Hemmmm sedap nyaman dan selesa....

Hujan yang turun bagaikan mutiara.....
Kalau anda berkesempatan, berkunjunglah ke Ladang Boh.
Kena pergi awal kerana waktu tutup adalah pukul 4 atau 5 pm ...
Jalan agak sempit so kena berhati hati.
Musim cuti sekolah amatlah bahaya. Sebab bas sekolah akan masuk juga.
So bayangkanlah kalau bas sekolah dan kereta bertembung untuk satu laluan yang sempit...
Hemmmm naik moto pun ok juga...
Let ride....

Wassallam.



No comments:

Post a Comment