Monday, October 22, 2012

Kembara Masjid Siri Ke-2



Assallamuallaikum kepada para pembaca diluar sana.
Pada 13 Okt 2012 telah berlangsungnya ride kali yang kedua Kembara Masjid untuk kami di club MEC
Kali ini tumpuan masjid yang dilawati adalah di sekitar Negeri Perak Darul Rihduan.Kembara kali ini disertai seramai 28 anggota. Dan sebanyak 25 moto berkuasa besar mengikuti untuk ride kali ini.
Acara bermula di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Subuh.
Cuaca pada pagi itu amat baik sekali sekitar Kuala Lumpur.


Kembara memulakan perjalan sekitar jam 07:30 pagi selepas bacaan Doa disampaikan oleh Imam Masjid Wilayah iaitu Ustaz Halim.
Konvoi pertama adalah menuju ke Bidor untuk bertemu dengan saudara Mie Perak yang menaiki R1.
Dalam perjalana kami menuju ke Bidor hujan telah turun disepanjang perjalanan.
Maka ada yang basah namun kembara harus diteruskan walaupun cuaca tidak berapa baik.
 Kembara hari pertama amat mencabar minda kerana hujan yang turun disesetengah tempat. Cuma hari kedua sahaja cuaca amat baik sekali.

 Salah satu masjid yang dilawati iaitu masjid yang tercantik di Malaysia di Kuala Kangsar.
Di Masjid ini di dalamnya amat sejuk dan dingin. Nak dikatakan ada aircond tidak pulak kedengaran bunyi blower. Tapi memang dingin dan nyaman sekali. Mungkin kedudukannya di puncak bukit serta seni binanya yang cantik dan indah sekali.

 Apa yang hendak diperkatakan untuk kembara Masjid kali ini, Masjid Lama di sekitar Negeri Perak ini boleh dikatakan ianya tidak dijaga malah telah diubah suai sehingga diubah mengikut seni bina moden.
Berbanding dengan Masjid lama di Negeri Melaka yang mana ianya dijaga dengan rapi serta dipelihara seni bina untuk tatapan generasi akan datang. 















Salah satu keindahan Masjid di Kuala Kangsar. Memang indah dan nyaman sekali apabila berada didalam masjid ini.

















Salah satu masjid lama yang masih mengekalkan bentuk asalnya.



 Wasallam...






Monday, April 16, 2012

Ride ke Bukit Fraser

























Kayuhan di FRIM

Assallamualaikum semua...
Pada hari Ahad yang lepas penulis dengan rakan rakan pergi ke FRIM untuk main basikal bukit.
Sudah 6 tahun lebih penulis meninggalkan aktiviti ini selepas kelahiran anak yang kedua.
Melihatkan rakan-rakan moto penulis hendak kayuh di trak untuk beginner maka boleh lah penulis ikut serta. Sebab penulis sudah lama tak kayuh. Takut nanti kayuh pancit pulak... 




 Trak untuk kali ini bagi penulis adalah track yang baru. Sebab sebelum ini penulis melalui track yang biasa sahaja.
Apa pun track ini tidak lah begitu mencabar jika dibandingkan dengan track seperti Dam Batu,Tekala dan juga Kemensah.
Apa pun penulis enjoy untuk ride kali ini.


Salah seorang peserta terjatuh ketika di dalam off road track. Tapi kecederaan tidaklah terlalu serious..
 Penulis terjatuh ketika sedang memecut.. Ini adalah kerana track yang licin..

Berhenti seketika untuk rehat...
 Kecederaan penulis tidak lah terlalu serius.. tapi pinggang penulis terasa sakit yang amat sangat. Apabila check up doctor berikan 2 suntikan. Satu untuk kancing gigi dan satu lagi untuk bengkak di bahadian pinggul. Sebab penulis terhentak kuat di bahagian kepala dan juga pinggul.
Rakan penulis membantu untuk membersihkan luka di tangan penulis.
 Persiapan di awal pagi sebelum kayuhan bermula.


Pit stop pada rakan yang nak ke toilet.

Bergambar di puncak bukit di Kepong.
















Akhir kata penulis enjoy untuk ride kali ini.

Wassallam...