Saturday, September 26, 2015

Bercuti di krabi pada Raya Haji

Salam kepada semua pembaca. Ni cerita tahun 2015. Penulis lama tak aktive dlm blog. Busy sikit. 
Pada tahun lepas Hari Raya Haji penulis bercuti di Krabi. Saje nak cari kelainan nak merasa beraya di tempat orang.
Selepas solat Hari Raya Aidiladha penulis dan keluarga terus bergerak ke Krabi. Perjalan biasa sahaja tapi kalau lewat sikit sure jalan sesak. Penulis sampai di pekan krabi sekitar pukul 9pm malam atau waktu Malaysia 10pm.
Kalau bercuti waktu cuti hari raya ni makan agak susah sikit. Sebab banyak kedai yang masih cuti macam kita di sini lah.
ada beberapa kedai yang buka tapi tak lah seperti hari biasa. So kalau nak makan pagi, lunch dan dinner kena cari dekat area masjid. Senang. Banyak pilihan. 
Lihatlah kedai makan pada waktu hari kedua Hari Raya Haji. Ada beberapa sahaja yang buka. 
Janji Halal.. so makan je. Tapi sedap sebenarnya makan di sini. Harga pulak ok berbanding kita di Kuala Lumpur.
Penduduk tempatan menikmati makan pagi sambil berbual bual macam kita di sini juga lah.
Apa pun memang best.
Penulis nak katakan yang bestnya kalau kita bercuti di Thailand ni bukan apa.. makan dan penginapan dia ok murah berbanding kita di Malaysia ni. Kalau kita di sini waktu cuti sekolah kalau nak bercuti hotel semuanya Mahal. Yg 2..3 star pun mahal tak ingat. Tapi kalau di Thailand ni bayar dlm 80 ringgit pun hotel bersih dan selesa. Kita di sini kalau harga macam tu kira rumah tumpangan je lah..
Apa pun kepada semua.. jomm bercuti. Jauh perjalanan luas pemandangan. Lihat dunia luar...
Wassalam.