Monday, April 16, 2012

Ride ke Bukit Fraser

























Kayuhan di FRIM

Assallamualaikum semua...
Pada hari Ahad yang lepas penulis dengan rakan rakan pergi ke FRIM untuk main basikal bukit.
Sudah 6 tahun lebih penulis meninggalkan aktiviti ini selepas kelahiran anak yang kedua.
Melihatkan rakan-rakan moto penulis hendak kayuh di trak untuk beginner maka boleh lah penulis ikut serta. Sebab penulis sudah lama tak kayuh. Takut nanti kayuh pancit pulak... 




 Trak untuk kali ini bagi penulis adalah track yang baru. Sebab sebelum ini penulis melalui track yang biasa sahaja.
Apa pun track ini tidak lah begitu mencabar jika dibandingkan dengan track seperti Dam Batu,Tekala dan juga Kemensah.
Apa pun penulis enjoy untuk ride kali ini.


Salah seorang peserta terjatuh ketika di dalam off road track. Tapi kecederaan tidaklah terlalu serious..
 Penulis terjatuh ketika sedang memecut.. Ini adalah kerana track yang licin..

Berhenti seketika untuk rehat...
 Kecederaan penulis tidak lah terlalu serius.. tapi pinggang penulis terasa sakit yang amat sangat. Apabila check up doctor berikan 2 suntikan. Satu untuk kancing gigi dan satu lagi untuk bengkak di bahadian pinggul. Sebab penulis terhentak kuat di bahagian kepala dan juga pinggul.
Rakan penulis membantu untuk membersihkan luka di tangan penulis.
 Persiapan di awal pagi sebelum kayuhan bermula.


Pit stop pada rakan yang nak ke toilet.

Bergambar di puncak bukit di Kepong.
















Akhir kata penulis enjoy untuk ride kali ini.

Wassallam...

Friday, April 6, 2012

Wakaf Cek Yeh Kota Bahru

Assallamualaikum...
Wakaf Cek Yeh. Mungkin ramai yang tidak mengetahui terdapat night market di Wakaf Cek Yeh.
Suasana adalah seperti di Pasar Malam. Tapi yang membezakannya adalah terdapat kedai-kedai biasa yang terdapat di sekeliling Wakaf Cek Yeh ini turut juga dibuka.

 Ini merupakan satu suasa yang lain dari yang lain.
Tempat nak masuk dan parking agak sukar juga. Tapi terdapat beberapa tempat meletak kereta yang disediakan di sini.


























Suasana di sini agak meriah lah.Lebih lebih lagi bagi mereka yang suka membeli pakaian...

So kalau berkunjung ke Kelantan jangan lupa singgah di Wakaf Che Yeh.....

Wassallam...

Makan-makan di Restoran Wau Kota Bahru


Assallamualaikum...
Pada hujung bulan Mac yang lalu kami group riders telah menjelajah pantai timur..
So pada malam pertama kami di Kota Bahru, makan malam kami adalah di Restoran Wau.
Oleh kerana ramai yang kata best dan bagus, maka kami pun ingin mencuba lah merasakan makanan di sini. 

Suasana di Restoran ini memang nampak lain dari yang lain kerana perabut serta warna di dalam restoran ini berwarna putih.
Pelanggan memang ramai dan tidak putus putus berkunjung di dalam restoran ini.

 Kalau nak pesan makanan tu seeloknya pesan awal. Kerana masa menunggu untuk makanan yang di pesan amatlah lama. Kerana pelanggan yang terlalu ramai. Dan juga mungkin kerana kekurangan tukang masak. Pengurusan nya juga agak kelang kabut.

Penulis kena menambah order makanan iaitu bubur kacang bersama-sama dengan roti sebagai pengalas perut. Ini kerana kalau tidak maka laparlah kami.
Ada di antara pengunjung yang dah masuk..duduk..lepas itu keluar kerana tidak mendapat layanan yang sempurna. Tapi apakan daya jika kita melihat keadaan pelanggan yang terlalu ramai dan pengurusan yang agak kelam kabut sikit. Ada pelanggan yang sampai lewat boleh dapat makanan daripada mereka yang datang awal.


Sehinggakan ada antara group kami yang order makanan terpaksa menunggu 1 jam 30 minute.
Mujurlah melihatkan ada diantara rakan kami yang tidak mendapat makanan, kami berikan sedikit apa yang kami order lebih sebagai penenang seketika...

Apa pun ada beberapa makanan yang penulis boleh katakan yang patut di cuba iaitu : Nasi goreng paprik, Nasi Goreng USA serta bubur kacang. Kalau Nasi Goreng Wau tak best. Sup Tulang pun tidak berapa sedap.. yang lain ok rasanya menurut rakan-rakan penulis... 

 Lihat lah.. kami minum air jagung... pehhh best..sampaikan kami order 2 gelas.. Gelas pertama lain..gelas kedua lain...
Sekiranya anda ke Kota Bahru boleh lah singgah..
Selamat Mencuba...

Wassallam....