Monday, December 21, 2009

Kumpulan Kompang Jengka 2

http://http//www.youtube.com/watch?v=wo8Js8d6KkI

Thursday, December 17, 2009

Majlis Perkahwinan Adik Ku di jengka Pahang

Assallamualaim...
Pada 13.12.2009 diadakan Majlis perkahwinan adik ku di Jengka pahang.
Alhamdullilah cuaca amat baik pada hari sebelum dan selepasnya...
Air paip pun tiada masalah sebab kalau dekat jengka ni selalu tak ada air paip,itu yang rumah di felda ni mereka bina banyak kolah mandi senang nak simpan air..
Aku pun terpaksa bersusah payah sebab hari sebelumnya kena angkut tanah guna kereta sorong dan juga pasir.Ini kerana emak nak siapkan rumah dibahagian dapur dan bilik pengantin ....
Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar...
Acara mengopek hadiah dihadapan tetamu..

Yang berbaju oren tu Rosli orang kuat aku..
Kalau dulu ada silat la ni mana nak cari...

Adik ku bersama pasangannya.
Acara menabur gula-gula utk kanak-kanak
Perarakan raja sehari.
Serba kuning....
Acara Majlis Makan Berdamai kedua belah pihak dan mempelai...
Diantara makcik-makcik yang datang membantu.
Kumpulan Marhaban Al Nur Jannah yang memulakan majlis di pagi itu.Kumpulan ini adalah yang pertama kali mengadakan majlis Marhaban dengan baju yang sama.Katanya baju ini dijahit 2 hari sahaja untuk disiapkan.
Sekitar majlis Marhaban.

Persiapan di malam sebelum Majlis.Dibantu oleh jiran-jiran ku.

Br
Dinrika










Majlis Perkahwinan adik ku

Sunday, December 6, 2009

Oil Filter for W124 murah je...


Assallamualaikum...
Pagi ni sempat pergi ke spare part shop di wangsa maju beli oil filter untuk Merz W124 sebab dah nak kena service..
Harga yang original katanya ni berharga RM 18.00 , harga tag dia RM25.00
So lebih kurang macam beli oil filter kancil je lah agaknya kan...
Esok nak beli minyak hitam Shell. Pergi check dekat Shell station harga RM62.00
Tapi member jual di bengkel kampung baru baru RM58.00 untuk 4L...
Oleh kerana W124 ni kena pakai 2 botol sekitar 6L maka kena beli 2 botol lah esok...

Br
Dinrika

Saturday, December 5, 2009

Perodua Alza...




Assallamualaikum...
Pagi ni masa nak buat payment credit card di Ampang point sempat singgah sekejap di Perodua showroom di ampang.
Hajat hati nak tengok Perodua baru iaitu Alza..
Hmmm.. masa mula tengok dari luar memang menarik warna hitam...
Bila buka pintu dan tutup semula memang nampak quality perodua sudah maju jika dibandingkan dengan model yang lain( kenari)...
Keluasaan memang kecil sikit lah tapi kalau nak buat make up kereta pasti cantik...
Yang bestnya tempat duduk dia boleh lipat... aku suka pada seat driver yang mana boleh lipat sampai belakang nampak betul betul relax....
Apa yang pasti model ni terlalu simple dia punya interior lah.. betul betul basic...
Aircond memang macam tu lah bulat..
Bawa camera tapi tak ambil gambar sebab nak tengok betul betul...
Design katanya dari Toyota...
Bagi yang suka modified pastinya lepas ni kedai potong akan berlumba lumba bawa masuk part Toyota passo macam gambar diatas ni.. ini kes macam Myvi lah barang toyota yang laku...
Apa pun Alza ni kalau untuk anak ramai tapi tak bersaiz besar boleh lah ,tapi kalau ada yang bersaiz besar rasanya perlu test dulu duduk semua baru buat pilihan....
Harga RM55,000.00 manual tanpa airbag... kira oklah lah sebab engin 1.5 tu sama engin dengan Toyota Avanza. Sedangkan Toyota Avanza harga untuk 1.5 sekitar RM 70K keatas... hanya 1.3 sahaja berharga di bawah RM 60K...
So kena buat pilihan yang bijak.. Ini sebab macam nak mula pakai MPV lah pulak...
Br
Dinrika
* Gambar diambil dari google image... dan blog.autoworld.com.my

Monday, November 30, 2009

Part 2 : Ibadah Korban 1430

Lembu korban sedang di lapah untuk di hantar kepada tuan empunya diri 7 bahagian...
Ikbal,Adam & Aiman... post di kandang lembu..

Orang ramai sedang sibuk menguruskan untuk melakukan ibadah korban..
Sedang mengira wang untuk 7 bahagian...

Pemuda-pemuda harapan negara yang tak jijik dengan perkerjaan mereka yang penting adalah halal...


Suasana di kandang lembu...

Antara makcik-makcik yang turut hadir...

Tarik-tarik...

Selesai sudah melakukan korban yang ke 3...









Ibadah Korban selepas Sembahyang Hari Raya Aidil Adha..

Ibadah Korban selepas Sembahyang Hari Raya Aidil Adha..

Di Pagi Hari Raya Korban

Adam sebelum nak ke Masjid untuk menunaikan Sembahyang Hari Raya Aidil Adha di Masjid Felda Cempaka Jengka 2...

Di Dalam masjid selepas menunaikan sembahyang hari raya aidil adha....

Berada di kandang lembu untuk menunaikan ibadah korban. Emak,Abah,Adik & Farol..,Angah & abg Ngah juga turut serta termasuk buat Akikah utk anaknya juga...

Pemandangan semasa ibadah korban di jalankan di Felda Ulu Jempul...
Kelihatan orang ramai tengah memerhatikan proses peyembelihan lembu bagi melaksanakan Ibadah Korban..

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya AidilAdha 1430/2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...
MAAF ZAHIR & BATIN
KEPADA SEMUA YANG MENGENALI...
Kepada yang melakukan ibadah korban selamat di ucapkan..
Semoga ibadah yang kita lakukan mendapat keberkatannya dan diterima Allah...

Ke ZOO Negara sempena Cuti Sekolah.

Gaya Aksi Adam & Aiman...
Masa nak balik..dah keletihan...

Aktiviti last bagi makan gajah...

Snek ni di dalam Zoo berharga RM 4.00 !!!!
Sempat menonton animal show

Di kawasan Orang Utan...
Masih ceria sebab awal pagi lagi...
Tunjuk kuat... lepas tu mengadu letih...





Assallamualaikum...
Awal pagi lagi Adam telah bangun sebab nak susu sekitar pukul 5:45 pagi.. lepas tu tak boleh nak tidur dia mengacau ayahnya...
Dah janji dgn Aiman nak pergi Zoo so kenalah pergi.. lagi pun waktu kerja so orang tak ramai bolehlah...
Ticket dah naik iaitu dewase RM20 dan Kanak-kanak RM6.
Dulu di zoo train tak kena bayar tapi sekarang ni dah kena bayar iaitu dewase RM3, Kanak-kanak RM2.Ini untuk sekali lalu sahaja..
Banyak benda yg dah kena bayar tapi nampak juga perubahannya..
Macam train tu menurut kata pemandu dulu bila tak kena bayar pengunjung banyak main masuk je tak ikut peraturan bila kena bayar ni nampak teratur lah...
Tapi kalau nak berkunjung ke Zoo seeloknya makan lah sampai kenyang.. yang penting bawa air sendiri guna bekas sendiri.sebabnya di dalam zoo makanan dan minuman adalah sangat mahal... makanan ringan kalau di luar dlm RM 2, di dlm zoo mencecah RM4....
Seeloknya bawa bekal lah lagi best.. ada yang siap berkelah di dalam zoo pun ada.. macam-macam..
Kalau nak best masuk seawal pagi.. sebab banyak tempat yang kita boleh lawati.
Menurut kata pemandi train tu kalau berjalan kaki keseluruhan adalah sekitar 2km luasnya..
Itu yang tengok adam & Aiman dah tak larat nak jalan...
Apa pun mereka seronok dan enjoy...