Saturday, December 5, 2009

Perodua Alza...




Assallamualaikum...
Pagi ni masa nak buat payment credit card di Ampang point sempat singgah sekejap di Perodua showroom di ampang.
Hajat hati nak tengok Perodua baru iaitu Alza..
Hmmm.. masa mula tengok dari luar memang menarik warna hitam...
Bila buka pintu dan tutup semula memang nampak quality perodua sudah maju jika dibandingkan dengan model yang lain( kenari)...
Keluasaan memang kecil sikit lah tapi kalau nak buat make up kereta pasti cantik...
Yang bestnya tempat duduk dia boleh lipat... aku suka pada seat driver yang mana boleh lipat sampai belakang nampak betul betul relax....
Apa yang pasti model ni terlalu simple dia punya interior lah.. betul betul basic...
Aircond memang macam tu lah bulat..
Bawa camera tapi tak ambil gambar sebab nak tengok betul betul...
Design katanya dari Toyota...
Bagi yang suka modified pastinya lepas ni kedai potong akan berlumba lumba bawa masuk part Toyota passo macam gambar diatas ni.. ini kes macam Myvi lah barang toyota yang laku...
Apa pun Alza ni kalau untuk anak ramai tapi tak bersaiz besar boleh lah ,tapi kalau ada yang bersaiz besar rasanya perlu test dulu duduk semua baru buat pilihan....
Harga RM55,000.00 manual tanpa airbag... kira oklah lah sebab engin 1.5 tu sama engin dengan Toyota Avanza. Sedangkan Toyota Avanza harga untuk 1.5 sekitar RM 70K keatas... hanya 1.3 sahaja berharga di bawah RM 60K...
So kena buat pilihan yang bijak.. Ini sebab macam nak mula pakai MPV lah pulak...
Br
Dinrika
* Gambar diambil dari google image... dan blog.autoworld.com.my

No comments:

Post a Comment