Thursday, December 17, 2009

Majlis Perkahwinan Adik Ku di jengka Pahang

Assallamualaim...
Pada 13.12.2009 diadakan Majlis perkahwinan adik ku di Jengka pahang.
Alhamdullilah cuaca amat baik pada hari sebelum dan selepasnya...
Air paip pun tiada masalah sebab kalau dekat jengka ni selalu tak ada air paip,itu yang rumah di felda ni mereka bina banyak kolah mandi senang nak simpan air..
Aku pun terpaksa bersusah payah sebab hari sebelumnya kena angkut tanah guna kereta sorong dan juga pasir.Ini kerana emak nak siapkan rumah dibahagian dapur dan bilik pengantin ....
Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar...
Acara mengopek hadiah dihadapan tetamu..

Yang berbaju oren tu Rosli orang kuat aku..
Kalau dulu ada silat la ni mana nak cari...

Adik ku bersama pasangannya.
Acara menabur gula-gula utk kanak-kanak
Perarakan raja sehari.
Serba kuning....
Acara Majlis Makan Berdamai kedua belah pihak dan mempelai...
Diantara makcik-makcik yang datang membantu.
Kumpulan Marhaban Al Nur Jannah yang memulakan majlis di pagi itu.Kumpulan ini adalah yang pertama kali mengadakan majlis Marhaban dengan baju yang sama.Katanya baju ini dijahit 2 hari sahaja untuk disiapkan.
Sekitar majlis Marhaban.

Persiapan di malam sebelum Majlis.Dibantu oleh jiran-jiran ku.

Br
Dinrika










No comments:

Post a Comment