Friday, October 30, 2009

Mungkinkah Selangor akan jadi seperti Perak...

Assallamualaikum ......

Kita pun tahu pagi ni seorang wakil dari PKR selangor yang telah pun keluar dari parti PKR dan kini menjadi bebas tapi menyokong Kerajaan Barison Nasional.
Dan ada angin yang bertiup beberapa lagi akan mengikut jejak yang sama samaada dari PKR atau pun dari parti PAS.

Apa pun yang pasti perkara ini sekiranya terjadi maka kita akan lihat samaada sebelum tahun baru 2010.
Itulah percaturan politik tanahair kita,.. kepada para penyokong PKR pastinya akan merasa bosan melihat apa yang berlaku.Dimana perjuangan yang di laungkan... adakah keringat mereka dihargai pada masa berkempen... yang pastinya pilihanraya akan datang kita akan menyaksikan perjuangan yang akan menjadi sia-sia...

Teringat saya sewaktu menghadiri kuliah Ustaz Kazim Elies di Surau Kemensah hight yang lalu. Beliau ada memberikan kiasan yang berbunyi lebih kurang seperti ini " kali ini kita kalah tak mengapa sebab piala itu hanya untuk sementara sahaja,nanti waktu perlawanan yang baru kita cari pemain yang bagus tak akan melompat ke pasukan yang lain,oleh itu buat masa ini kita hendaklah mengatur strategi untuk perlawanan yang akan datang" begitulah serba sedikit yang di sampaikan oleh beliau yang mana kiasannya berkisar kepada pemain bola sepak... bagi yang faham baguslah..dan bagi yang tak faham tak payah susah-susah lah...

Apa pun ianya mungkin ada perkara yang kita tidak ketahui... kerana di dada-dada akhbar hanyalah menyalahkan orang persaorangan.. apa pun kita cuba buka minda kita .. melihat dari aspek yang lain pastinya akan kita ketahui jua....

Kadang-kadang kita rasa malas nak ambil tahu..malas nak duduk di negara ini lagi sebab dengan politik yang entah hapa-hapa... tapi kita harus ingat pepatah Melayu ada menyebut " Hujan emas di negeri orang,Hujan batu di negeri sendiri"....

Wassallam...
Br
Dinrika...

Wednesday, October 28, 2009

Khasiat Habbatus Saudah....

Assallamualaikum semau...

Teringat kata-kata yang di sampaikan oleh Ustaz Khazim Elies semasa memberikan kuliah beliau di Surau Kemensah yang lalu tentang penyakit H1N1 dan juga pelbagai penyakit.
Beliau mengatakan bahawa Nabi kita menyebut ubat segala penyakit adalah "Habbatul Saudah" kecuali maut.

Oleh itu sama-samalah kita mencuba.
Saya ada membeli serbuk seperti kopi ini yang mana ada gambar Ustaz Ismail Kamus...

Br
Dinrika

Ingin melaksanakan Amal Korban di Kemboja....


Assallamualaikum semua....
Just nak sampaikan kepada sesiapa yang mampu untuk melakukan ibadah korban pada tahun ini..

Ini adalah program yang di jayakan oleh ABIM ( Angkatan Belia Islam Malaysia ).

Program yang di jalankan oleh ABIM ini pasti akan terus sampai kepada mereka yang sangat memerlukan sumbangan tak kira apa juga sumbangan..

Ini berbeza jika dibandingkan dengan sesetengah company atau bandan syarikat atau kerajaan yang menyaluran sumbangan.

ABIM selalunya menyalurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang tak sampai oleh mana mana NGO di Malaysia selalunya...
Oleh itu marilah kita bersama-sama membantu ABIM bagi membantu saudara-saudara kita yang memerlukan sumbangan...

Segala pertanyaan bolehlah bertanyakan di pihak ABIM sendiri.

Saya hanya menyampaikan yang mana patut di sampaikan kepada semua...

Sekian,

Br
Dinrika

Train & Place Program Oleh kerajaan

Assallamualaikum .....

Kepada pencari kerja atau yang telah diberhentikan kerja mungkin pernah mendengar tentang Program yang di anjurkan oleh kerajaan iaitu "Train & Place"...

Apa yang ingin saya katakan kebanyakan syarikat atau individu yang menawarkan program ini adalah semata mata untuk mendapat seberapa ramai yang boleh untuk mengikuti program ini.
Yang pastinya lebih ramai yang mengikuti program ini maka lebih banyak lah imbuhan atau keuntungan yang di perolehi. Oleh itu apa yang saya boleh katakan,sekiranya anda diluar sana adalah pelajar yang mengikuti program ini saya sarankan agar tidak mengharapkan 100% kerana ada diantaranya selepas tamat krusus yang ditawarkan kita belum pasti akan ditempatkan atau diberikan pekerjaan. Ini yang di hadapi oleh saya dan rakan-rakan selepas mengikuti program Train & Place ini...
Sesungguhnya amat mendukacitakan.. Tapi apakan daya itulah janji manis bagi sesetengah individu yang adakalanya sanggup menaburkan berbagai janji semata-mata...

Apa yang saya katakan ini bukanlah kepada semua ... tapi sesetengahnya sahaja..so berhati-hatilah.. seandainya di dalam masa krusus itu anda ditawarkan oleh mana-mana syarikat atau untuk belajar maka jangan lah menolak kerana anda belum pasti lagi mendapat peluang pekerjaan seperti yang di janjikan...

Yang lebih mengecewakan lagi duit elaun yang di janjikan adakalanya kurang .. bukannya sedikit tapi ratusan ringgit juga lah..
Di mana silapnya ...

Kepada yang membaca harap dapat info ini lah.. apa pun kita perlu buat keputusan yang tepat lebih lebih lagi di dalam ekonomi yang tak menentu ketika ini...

Br
Dinrika

Filem Papadom.....


Assallamualaikum semua...

Semalam saya berkesempatan menonton Filem Papadom arahan Aflin ni...
Ceritanya ditujukan "Khas kepada Papa-Papa/bapa-bapa di Malaysia".
Jalan ceritanya sangat menarik berkisar tentang kehidupan seorang ayah di dalam usahanya untuk memberikan kesenangan kepada isteri dan juga anak-anaknya hasil daripada Papadom yang di usahakan.

Filem ini yang pastinya kita tidak akan hanya sunyi daripada gelak ketawa kerana ianya memang lucu dan ada kalanya menyentuh perasaan...

Filem ini juga menceritakan bagaimana perasaan seorang ayah ingin menjaga anaknya daripada terus hanyut di dalam dunia yang semakin mencabar ini..

Itu lah harga pengorbanan seorang ayah terhadap anak yang disayanginya...

Kepada Ibu-ibu cerita ini menunjukkan usaha seorang suami yang ingin melihat keluarganya keluar dari dibelenggu kesusahan...
Br
Dinrika