Friday, October 30, 2009

Mungkinkah Selangor akan jadi seperti Perak...

Assallamualaikum ......

Kita pun tahu pagi ni seorang wakil dari PKR selangor yang telah pun keluar dari parti PKR dan kini menjadi bebas tapi menyokong Kerajaan Barison Nasional.
Dan ada angin yang bertiup beberapa lagi akan mengikut jejak yang sama samaada dari PKR atau pun dari parti PAS.

Apa pun yang pasti perkara ini sekiranya terjadi maka kita akan lihat samaada sebelum tahun baru 2010.
Itulah percaturan politik tanahair kita,.. kepada para penyokong PKR pastinya akan merasa bosan melihat apa yang berlaku.Dimana perjuangan yang di laungkan... adakah keringat mereka dihargai pada masa berkempen... yang pastinya pilihanraya akan datang kita akan menyaksikan perjuangan yang akan menjadi sia-sia...

Teringat saya sewaktu menghadiri kuliah Ustaz Kazim Elies di Surau Kemensah hight yang lalu. Beliau ada memberikan kiasan yang berbunyi lebih kurang seperti ini " kali ini kita kalah tak mengapa sebab piala itu hanya untuk sementara sahaja,nanti waktu perlawanan yang baru kita cari pemain yang bagus tak akan melompat ke pasukan yang lain,oleh itu buat masa ini kita hendaklah mengatur strategi untuk perlawanan yang akan datang" begitulah serba sedikit yang di sampaikan oleh beliau yang mana kiasannya berkisar kepada pemain bola sepak... bagi yang faham baguslah..dan bagi yang tak faham tak payah susah-susah lah...

Apa pun ianya mungkin ada perkara yang kita tidak ketahui... kerana di dada-dada akhbar hanyalah menyalahkan orang persaorangan.. apa pun kita cuba buka minda kita .. melihat dari aspek yang lain pastinya akan kita ketahui jua....

Kadang-kadang kita rasa malas nak ambil tahu..malas nak duduk di negara ini lagi sebab dengan politik yang entah hapa-hapa... tapi kita harus ingat pepatah Melayu ada menyebut " Hujan emas di negeri orang,Hujan batu di negeri sendiri"....

Wassallam...
Br
Dinrika...

No comments:

Post a Comment