Tuesday, March 13, 2012




Assallamualaikum...
Just nak share je lah.. baru-baru ni penulis sekeluarga berkunjung ke Jaya Jusco Setiawangsa. Oleh kerana anak nak makan kue -teow goreng di sini. Katanya sedap.
So pergilah bungkus. Apa yang tak sedap mata melihat adalah boleh dikatakan semua tukang masak disini ( foodcourt) adalah terdiri daripada warga bangladesh....
Bayangkanlah mereka ni.. dengan kebersihannya yang kurang..
Tapi nak buat macam man anak tempatan tidak mahu bekerja seperti ini.
Kebanyakkannya terlalu memilih pekerjaan... susah juga.

Apa pun fikir-fikirkan lah....

Wassallam...


Sunday, March 4, 2012

Produa Viva di hentam oleh lori depan dan belakang


Terima gambar dari rakan melalui wassup.
Lihatlah betapa teruknya Produa Viva yang dihentam oleh lori dari belakang.
Nasib baiklah pemandunya hanya mengalami cedera ringan.

Kerja Amal oleh badan Koperat


Assallamualaikum..
Tengah hari yang lepas semasa melalui di hadapan Masjid Kampung Baru nak menuju ke Shah Alam. Terlihat ramai orang beratur untuk mendapatkan makanan yang diberikan secara percuma oleh badan koperat disitu.
Baguslah kerana dapat mereka yang tidak bernasib baik ini.
Kita mungkin nampak mereka ni macam tak terurus. Tapi hakikatnya mungkin suatu ketika dahulu mereka ini macam kita berkerjaya. Tapi apabila pencen harga benda semua di ambil oleh anak-anak dan yang ditinggalkan sehelai sepinggan kepada kita.
Oleh itu semoga kita selalu beringat dan bersyukur kepada Allah S.W.T

Wassallam


Assallamualaikum...
Saja je nak share gambar ni kepada pembaca diluar sana semua.
Ada member send wassup gambar ni.
Dasat juga makenik ni buat kerja. Tak payah pakai jek yang mahal...
Tapi lihatlah macam mana depa buat kerja...
Apa pun semoga terhibur...

Wassallam.

Hampeh betul lah orang-orang yang macam ni...


Ada kerja di KLIA hari Jumaat yang lepas.
On the way nak balik ke KL ikutlah jalan pintas iaitu melalui Putrajaya-Maju Express.
Bila sampai di persimpangan lampu isyarat maka benda ni lah yang tak sedap di lihat.
Ada para pemandu yang mementingkan diri sendiri tak nak beratur panjang main potong Q.
Macam haram jadah je dia orang ni. Kita yang elok mengikut peraturan depa ni ikut sesuka hati je.
Cakap bodoh marah tapi itulah hakikatnya.
Kalau yang first time lalu tu boleh dimaafkan. Ini yang memang dah biasa buat ni.

Mintak pihak berkuasa letak camera lepas tu hantar saman. Baru depa tahu.
Potong Q tak boleh buat rayuan.Bila dah kena beribu ringgit baru nak tepuk dahi.
Itulah hakikatnya duduk di KL ni.

Saturday, March 3, 2012

SANI Express


Assallamualaikum para pembaca semua.
Pagi tadi sempatlah pergi ke Hentian Putra untuk membeli ticket bas experss bapak mentua nak balik Ganu. Katanya dia nak naik bas SANI Express. Sebab SANI Express bagi discount kepada warga Emas 50%.Oklah tu. Tapi kena bawa K/P bapak mentualah..

Sampai di counter bila dilihat memang berbeza jika dibandingkan dengan counter Bas Express yang lain. Malah counter Bas Experess Tranasional pun tak macam tu.
Counter yang yang dari yang lain,cantik bersih.
Dan yang paling utama layanan yang diberikan oleh counter SANI Epress ni memang amat baik sekali. Seperti kita berurusan di Bank atau pusat service yang terkenal.

Kalau dulu kita beli ticket layanan macam acuh tak acuh sahaja. Tapi kini amat berbeza.
Baguslah kerana kini telah wujud persaingan di dalam industri Bas Express ini dan tidak di monopoli oleh individu tertentu.
Lihatlah kemudahan yang disediakan oleh mereka. TV LCD walaupun tiada apa tapi sekurang-kurangnya dapat menberikan info kepada para penumpang.
Yang bagusnya juga sesetengah bas ini dilengkapi oleh wifi percuma. Jadi tidaklah bosan sangat kalau dah ada internet ni semasa perjalanan nanti.

Lihatlah di counter dibahagian yang lain,tetap tidak berubah dari tahun 1998 sehingga kini. Ini kerana dulu memang penulis selalu menggunakan perhidmatan Bas Express ni bila pulang ke Ganu juga. La ni bila dah ada kereta sendiri memang dah lama sangatlah tak menggunakan bas Express.

Apa pun ini semua mengikut selera masing masing.
Yang penting kita sampai dengan selamat ke destinasi yang hendak dituju...

Wassallam...