Thursday, May 30, 2013

Ride ke Betung Thailand

Assallamualaikum semua..
Kali ini penulis ride dengan group bikers baru ke Betung Thailand.
Memang penulis nak test bawa moto yg penulis baru tukar ni.
Satu pengalaman yang sangat baik..
Apa pun kami pergi just nak lepak lepak.
Bak kata orang lain padang lain belalang.
Kami makan di pekan Betung dekat gerai muslim situ.
Makan punyalah ramai.
Harga murah je.
Tomyam dia sedap. Nasi goreng pun sedap...

 Tengah bercerita pasal Vapor. Murah dan jimat. Aroma yang wangi lagi.








Di waktu malamnya kami makan dekat dengan pasar.
Ada gerai muslin di situ.
Jadi senang lah.
Iman baca doa makan.


Apa pun ikut iman seseorang itu.
Kalau kuat maka tiada apa lah.
Kalau tak kuat maka hanyut lah....

Bak kata orang tak kenal maka tak tahu cerita.
Dah pergi baru tahu rupanya...

Oklah.
Apa pun selamat bercuti...

Wassallam....

Bercuti di Koh Lipe Thailand

Assallamualaikum kepada para pembaca diluar sana....
Kali ini penulis telah memberanikan diri untuk memandu ke negeri orang lain selain Malaysia.
Sebelum ini pergi pergi ke Thailand iaitu Betung dan Hat Nyai. Tapi naik moto lah.
Tapi kali ini penulis cuba bawa kereta sendiri tanpa rakan rakan lain.
 Dengan berpandukan GPS yang di beli dari jenama Garmin penulis beli bagi model yang paling murah sahaja.
Sebelum pergi penulis reload Map Thailand di One Utama. Kena bayar RM 80.00 janji tiada problem masa di Thailand nanti.

Penulis memulakan perjalanan dari KL selepas waktu kerja. Ambil wife terus drive ke utara. Jalan tak jamm lagi sebab masih awal.

Kami sampai di pekan Changlun pada jam 11:45pm. So oleh kerana pintu sempadan akan dibuka pada pukul 08:00am, maka kami cari lah hotel murah murah di pekan Changlun. Ada satu hotel betul betul dekat jalan utama iaitu T Hotel. Kami menginap dgn harga RM 75.00 tanpa sarapan pagi. Sebab kami perlu ke Wangkelian seawal mungkin.
  Selepas urusan sempadan kami menuju ke Bandar Satun Thailand dan seterusnya ke pekan Pak Bara. Untuk menaiki speed boat.
Booking seawal telah di buat. Maka tidak susah lah.
Sementara menunggu untuk menaiki speed boat,kami makan dulu di sebuah warung muslim. Boleh lah tahan makanan di sini. Tapi Hat Nyai lagi best.
 Adam makan mee hoon sup.
 Aiman seperti biasa tak nak makan. Asyik dengan game sahaja.


 Inilah pemandangan Koh Lipe Thailand. Memang cantik pantainya.








 Adam dengan jiran di resort tempat kami menginap.
Pantai nya memang putih. Dan pasirnya memang halus.








 Adam dan Aiman...
Adam memang tak memilih kawan. Kalau Aiman dia akan tengok juga siapa kawannya...




Inilah dia resort Bung Roon.
Kami memilih untuk meginap di sini atas nasihat kawan.
Tempat cantik makan pun senang sebab halal.
Penginapan agak kurang sikit jika dibandingkan dengan tempat lain.
Penulis lebih selesa tinggal di hotel dan kalau boleh makan di Bung Roon sahaja.



Ini di dalam restoran Bung Roon Koh Lipe.
Waktu malam memang ramai. Kalau nak order makan sampaikan ada yg menunggu dengan lebih lama.
So nasihat kalau nak makan di pulau sediakan mee cup in case lambat.
Just mintak air panas je dan boleh makan.
Order air pun lambat.
Satu yang bagus di Bung Roon ni dia boleh cakap melayu.
Senang sikit.
Pekerja yg lain tak boleh...


 Salah satu night market di Koh Lipe.
Ada juga kedai muslim. Jual roti canai dan teh tarik.
A





Kesimpulan:
Drive ke sini dgn total cost tak sampai RM2K.
Ini termasuk penginapan dan minyak kerete,boat dan makan siap semuanya.
Penulis memilih untuk drive kerana murah.
Kalau nak book flight harga RM2K tu sahaja adalah untuk flight ticket sahaja.
Penulis ada jumpa seorang pemuda yang naik bus dari KL ke Hat Nyai.
Lepas tu ke Koh Lipe.

Apa yang penulis nak katakan, no more island.
Sebab penulis mabuk laut.
Pantai cantik,tapi sesetengah pengusaha tidak menjaga pantai dengan baik.
Anjing banyak berkeliaran di pantai.
Tahi anjing bersepah. Kalau malam jalan jalan sure terpijak.
Waktu nak balik pengurusan untuk naik speed boat hancur. Teruk betul organise dia orang ni.
Kalau pergi dengan travel agent tu lain sebab depa yg uruskan.
Kalau pergi sendiri memang susah.
Kena buat muka tebal tanya,make sure ticket yg kita ada dapat seat.
Kalau tak janji naik speed boat balik naik tongkang.

Apa pun selepas ni penulis plan nak ke Krabi pula.
Sama ada ride naik moto atau bawa kereta.
Tengah buat kira kira ni...

Apa pun kalau orang lain boleh kenapa kita tidak boleh.

Wassallam....