Sunday, February 11, 2018

Ride ke 1000 conner + Golden Triangle + Loas + Boten 2017



Salam Semua.

Lama penulis tak update blog ni.
Dah berkurun lamanya rasanya.
Just nak share ride seperti tajuk di atas..

Ride kali ni selama 13 hari.

Perjalanan seperti di bawah ini:
Day 0: KL - Sg Petani : Ride lepas kerja dan check in di Hotel Sg Petani Kedah.
Day 1: Sg. Petani - BKH - Chumphon.
Day 2: Chumphon - Mae Sot
Day 3: Mea Sot - Pai
Day 4 : Free and easy di Pai.
Day 5: Pai - Golden Triangle - Chiang Khong
Day 6: Chiang Khong - Boten - Muang Xai
Day 7: Muang Xai - Luang Prabang.
Day 8 : Free and easy Luang Prabang. (Basuh baju semua kuning)
Day 9: Luang Prabang - Vivientan.
Day 10: Vientiane- Saraburi.
Day 11 : Saraburi - Surathani.
Day 12 : Surathani-  Hat Yai
Day 13 : Hat Yai - KL : Home sweet home.


Kepada pembaca atau rider di luar sana yang nak plan boleh lah ambil info seperti di atas.
Apa yang penulis katakan ride ni bukan setakat 1000 conner tapi beribu ribu conner.
Ini kerana Mea Sot dan Me Hong Son sampai ke Pai dah jenuh conner.
Kena pulak conner dari Pai ke Golden Triangle..
Dari boarder Thailand - Loas pula tak jauh dari boarder dah mula conner nak ke Boten.
Kalau kira kira lah dari boader nak ke Boten dan Luang Prabang tu... setiap 1km ada 10 connecr.
Dan pendakian gear moto pakai gear 3-2 ..sedikit dapat gear 4. Boleh bayangkan macam mana.



Persiapan moto sangat sangat perlu.
Break mesti baru kalau boleh. Sebab breaking 100%. Low gear.. Tayar better yg masih boleh lalui utk 8K km sekurang kurangnya.



Laluan perjalanan.. tak boleh laju. Kalau naik GS boleh lah belasah.. tapi kalau silap silap pasti tergolek.. sebab jln 100 meter jln tanah merah atau batu krerikir... moto touring kena slow down..

Ride ke Loas satu sahaja nak kata..
Tiada apa yang mewah ... tetapi pemandangan yang tak dapat di beli..
Kepada rider di luar sana.. mulakan perancangan.. ride lah ke Loas.
Sebab ianya masih green....

Untuk Gambar gambar lain. Penulis akan update folder seterusnya.

Sekian
Wassallam