Sunday, June 22, 2014

Rumah Safiyyah

Salam semua.. 
mungkin ada pembaca diluar sana yang telah mengetahui tentang rumah Safiyyah ini.
Ianya adalah merupakan pusat perlindungan atau membantu anak anak yang dari keluarga bermasalah seperti ibu mereka pekerja sex.. ada yg di dera.. ada yang anak anak di liwat dan sebagainya.
Sekiranya ingin membantu untuk menghulurkan sumbangan boleh lah like di facebook Rumah Safiyyah.
no telefon seperti di atas ini sudah tidak.digunakan lagi.
Ini adalah studio untuk anak anak belajar dan menerima ilmu dari guru mereka...
Di antara kelengkapan dapur yang di uruskan. Jika.ada di antara individu diluar sana ingin membantu sila.lah ke rumah safiyyah ini. Berjumpa terus dengan pengetua mereka dan memahami masalah mereka untuk membimbing anak anak yang kurang bernasib baik ini.

SBK 2014 di litar sepang

Para pekerja sedang membersihkan litar sebelum perlumbaan di mulakan semula...
Pada ketika ini berlaku kebakaran sebuah jentera dari Agusta...katanya..m
Moto yang terlibat dengan kemalangan kebakaran di litar...
Perlumbaan di sambung semula....

Kawasaki di SBK 2014 Sepang

Salam...
pada bulan Jun 2014 yang baru ini telah berlangsungnya SBK 2014 di litar Sepang. 
Di kesempatan ini Kawasaki diberi penghormatan untuk ride didlam litar sebelum race SBK 2014.
Dianggarkan seramai 500 atau lebih perserta kalau tak salah. Penulis pun lupa. Tapi ada di nyatakan.
Cukup lah bagi yang nak lepaskan geram di trak... tapi ride santai je lah....

Saturday, June 21, 2014

Ride bersama anak anak tahfiz

Assallamualaikum. ..
petang tadi telah berlangsungnya ride dengan anak anak Pelajar Tahfiz di Hulu Langat. 
Ini adalah atas permintaan rakan untuk membawa anak anak ini merasa menaiki motosikal berkuasa besar.

Ini juga sebagai pembakar semagat untuk anak anak ini berusaha dengan lebih gigih lagi....
Jelas terpancar kepuasa di wajah anak anak ini apabila mendapat merasai menaiki motosikal ini.
Berbagai bagai soalan yg di tanyakan oleh anak anak ini. Adakah yang ni paling slow atau paling laju yang abang bawa...
Mahal tak moto ni... itulah antara soalan soalan yang di ajukan oleh anak anak ini.
Apa pun kami hanya memenuhi undangan dari sahabat untuk memeriahkan majlis krusus motivasi yang di anjurkan untuk anak anak Tahfiz ini...

Wassallam. ...

Tuesday, June 3, 2014

Ride ke Kanchanaburi sambungan..

Assallamualaikum semua...
Ride ni adalah yang lama sebenarnya...
Baru berkesempatan nak tulis...
Gambar di atas adalah perancangan dan minta khidmat nasihat dari rakan yang telah sampai ke kanchanaburi...
GPS coordinate dan hotel di ambil kira.. kawasan yang hendak dilalui juga diambil kira..
Hari pertama kami sarapan pagi di pekan Changlun.. tempat biasa yang akan kami makan pagi disini..
sampaikan kenallah makcik dekat situ... masing masing tengah bertenaga lagi...
Ni kami sampai sebelum Hua Hin.. masing masing keletihan... sebab ride yang lama.. kami sangkut di Thailand boarder sebab ramai pelancung....
Hari kedua kami ke Floating market dekat dengan Bangkok.. kami bertolak dari Hua Hin ke Kachanaburi.. memang target nak makan pagi di floating market ni...
Oleh kerana sampai kami tak jumpa makanan muslim.. kami makan buah buahan dahulu lah....
Gambar hari pertama.. masing masing keletihan....
Hari kedua.. segar sebab ride tak terlalu jauh....
Lihatlah betapa sibuknya floating market dia orang...
Tapi memang satu pengalaman yang lain lah....
ketika nak memasuki boader Thailand di Danok....
Ni kami naik keretapi maut di Kachanaburi....
Menunggu keretapi di sini....
Mandi sungai dulu di air terjun di Kachanaburi....
Ni di hellfire.... 
Naik Gajah... memang best. Dan aktiviti hari ke 2 memang penuh dan padat.....
Sebelum nak naik rakit hanyut...
Kalau pergi ke kanchanaburi mesti naik rakit ni...
best..relax dan sejuk airnya....
Penulis di Hellfire....
Dari Hua Hin ke Kachanaburi....awal pagi masih segar dan bertenaga....
Bestkan... boleh main air.. hanya mengikut arus sungai tu sahaja....satu pengalama yang menarik....
Inilah yang bestnya.. sambil tu kaki main air sungai....
Kami di Air terjun yang popular di Kachanaburi.... 
Menyakat orang yang sedang tidur.....
Cantikkan pemandangan dan stesen keretapi di Hua Hin...
Ini kami makan di Juru Ikan bawal Juru yang popular....
Dari Kachanaburi kami terus ke Hat Yai.. 1000km... memang mencabar...
Last kami makan sebelum di Hat Yai.. 
Makan di Ba Lampo...
Belangkas Kerabu Mangga... ada berani....
Sini makan dia freash.. sebab makan atas pelantar tasik air masin....
Penulis dah sampai... anda bila lagi... Yang penting berani dan ada GPS.. In Shaa Allah.. boleh punya..
Penulis dan kawan kawan lain pun macam tu juga.. tak pernah sampa tapi main redah sahaja...
Berpandukan GPS dan buat homework sikit maka boleh lah....
Cantik.. bangunan lama yang masih mengekalkan identitinya...
Salah satu kedai makan muslim di Hua Hin tak jauh dari stesen keretapi di Hua Hin tu...

Bersambung di page lain pulak....