Wednesday, October 28, 2009

Train & Place Program Oleh kerajaan

Assallamualaikum .....

Kepada pencari kerja atau yang telah diberhentikan kerja mungkin pernah mendengar tentang Program yang di anjurkan oleh kerajaan iaitu "Train & Place"...

Apa yang ingin saya katakan kebanyakan syarikat atau individu yang menawarkan program ini adalah semata mata untuk mendapat seberapa ramai yang boleh untuk mengikuti program ini.
Yang pastinya lebih ramai yang mengikuti program ini maka lebih banyak lah imbuhan atau keuntungan yang di perolehi. Oleh itu apa yang saya boleh katakan,sekiranya anda diluar sana adalah pelajar yang mengikuti program ini saya sarankan agar tidak mengharapkan 100% kerana ada diantaranya selepas tamat krusus yang ditawarkan kita belum pasti akan ditempatkan atau diberikan pekerjaan. Ini yang di hadapi oleh saya dan rakan-rakan selepas mengikuti program Train & Place ini...
Sesungguhnya amat mendukacitakan.. Tapi apakan daya itulah janji manis bagi sesetengah individu yang adakalanya sanggup menaburkan berbagai janji semata-mata...

Apa yang saya katakan ini bukanlah kepada semua ... tapi sesetengahnya sahaja..so berhati-hatilah.. seandainya di dalam masa krusus itu anda ditawarkan oleh mana-mana syarikat atau untuk belajar maka jangan lah menolak kerana anda belum pasti lagi mendapat peluang pekerjaan seperti yang di janjikan...

Yang lebih mengecewakan lagi duit elaun yang di janjikan adakalanya kurang .. bukannya sedikit tapi ratusan ringgit juga lah..
Di mana silapnya ...

Kepada yang membaca harap dapat info ini lah.. apa pun kita perlu buat keputusan yang tepat lebih lebih lagi di dalam ekonomi yang tak menentu ketika ini...

Br
Dinrika

No comments:

Post a Comment