Wednesday, November 25, 2009

Ke ZOO Negara sempena Cuti Sekolah.

Gaya Aksi Adam & Aiman...
Masa nak balik..dah keletihan...

Aktiviti last bagi makan gajah...

Snek ni di dalam Zoo berharga RM 4.00 !!!!
Sempat menonton animal show

Di kawasan Orang Utan...
Masih ceria sebab awal pagi lagi...
Tunjuk kuat... lepas tu mengadu letih...





Assallamualaikum...
Awal pagi lagi Adam telah bangun sebab nak susu sekitar pukul 5:45 pagi.. lepas tu tak boleh nak tidur dia mengacau ayahnya...
Dah janji dgn Aiman nak pergi Zoo so kenalah pergi.. lagi pun waktu kerja so orang tak ramai bolehlah...
Ticket dah naik iaitu dewase RM20 dan Kanak-kanak RM6.
Dulu di zoo train tak kena bayar tapi sekarang ni dah kena bayar iaitu dewase RM3, Kanak-kanak RM2.Ini untuk sekali lalu sahaja..
Banyak benda yg dah kena bayar tapi nampak juga perubahannya..
Macam train tu menurut kata pemandu dulu bila tak kena bayar pengunjung banyak main masuk je tak ikut peraturan bila kena bayar ni nampak teratur lah...
Tapi kalau nak berkunjung ke Zoo seeloknya makan lah sampai kenyang.. yang penting bawa air sendiri guna bekas sendiri.sebabnya di dalam zoo makanan dan minuman adalah sangat mahal... makanan ringan kalau di luar dlm RM 2, di dlm zoo mencecah RM4....
Seeloknya bawa bekal lah lagi best.. ada yang siap berkelah di dalam zoo pun ada.. macam-macam..
Kalau nak best masuk seawal pagi.. sebab banyak tempat yang kita boleh lawati.
Menurut kata pemandi train tu kalau berjalan kaki keseluruhan adalah sekitar 2km luasnya..
Itu yang tengok adam & Aiman dah tak larat nak jalan...
Apa pun mereka seronok dan enjoy...

No comments:

Post a Comment