Wednesday, April 4, 2012

Kembara ke Pantai Timur 2012

Assallamualaikum semua..
Pada hujung minggu yang lalu penulis bersama-sama rakan club MEC telah memulakan perjalanan ke Pantai Timur untuk tahun 2012. Kali ini peserta yang mengikuti amat ramai.
Kami bermula dari RnR Sg Buluh pada jam 08:30 pagi. Ini adalah kerana pada pagi itu cuaca hujan.
Oleh kerana mengambil kira faktor keselamatan, maka kami mengambil masa sedikit untuk memulakan perjalanan.
Selepas Doa dibacakan oleh Ustaz Halim, konvoi memulakan perjalanan menuju ke hentian pertama kami iaitu di Hentian Tapah untuk mengisi minyak.
 Kami tiba di tapah pada jam 09:15 pagi. Cuaca amat baik di sini berbanding di Kuala Lumpur yang masih lagi hujan. 
 Kami berhenti rehat yang ke 2 di Sg Perak bagi mengisi minyak dan juga merehat badan seketika.
Selepas itu kami menuju ke Restoran Tasik Raban. 
Makanan di sini adalah ala-ala masakan kampung.
Memang sedap sampaikan tak tahu nak makan apa di sini.
Apa yang penulis boleh katakan memang sesuai kalau berhenti untuk merasa masakan di sini sekiranya anda menuju ke Kelantan melalui Gerik.
Kami bergambar kenangan di Cherating beach hotel sebelum bergerak Pulang Ke Kuala Lumpur.

Di rumah salah seorang sahabat Kembara di Kelantan. Sambil berehat seketika dan menziarah ayah sahabat peserta konvoi.

Makan masakan kampung di Restoran Tasik Raban.

Singgah seketika ke Terengganu Bike Week.
Apa yang mengecewakan kami ialah semasa pulang dari Bike Week menuju ke Cherating, semua bikers di tahan oleh pihak berkuasa JPJ.
Kami bukan lah nak marah kerana mereka menjalankan tugas. Tapi apa yang tak best nya kebanyakan Bikers yang datang dari luar Kuala Terengganu untuk support Bike week ni.
Ada di antara bikers ni yang tak lengkap dan ada juga yang bawa motosikal custome.
So kalau bawa motosikal custome sudah pastinya kena tahan.
So Bike Week ni seumpama mengumpan untuk bikers datang lepas tu dalam masa yang sama memasang perangkap... 
Percayalah seandainya perkara ini berterusan maka setiap kali bike week pasti tak akan ada yang support lagi. Walaupun atas nama Kementerian Pelancongan...





Salah seekor ikan celup tepung yang kami makan di Permaisuri Terangganu.

Penulis bersama rakan serta Mem besar ikut serta...

Kembara akhirnya melengkapkan perjalanan 3 hari 2 malam dengan selamat.
Apa yang pasti setiap perjalanan ini pasti akan memberikan kepuasan setiap peserta kembara.
Walaupun penat kami tetap seronok.
Sambil bersantai bersama dengan motosikal berkuasa besar tanggungjawab kepada Allah tetap tidak dilupakan. Itu yang paling Utama...

Wassallam.

No comments:

Post a Comment