Saturday, November 14, 2009

Bersiar-siar di 1 Utama.

Assallamualaikum...

Hari ni sabtu dari awal pagi hujan di kuala lumpur...

So bila hujan ni mula lah lapar perut.So tanya Aiman nak kemana hari,sudah pastinya dia mahu ke 1 Utama sebab dah lama tak ke sana katanya... budak-budak macam tu lah padahal bulan lepas baru sahaja ke sana...

Sampai di 1 Utama Aiman ternampak Antie n tu lah.. dan memang itu adalah kegemaran aiman. So beli satu suruh aiman dan adam share sekali.. Lepas makan si adam ternampak pulak kedai cd nak pulak dia beli cerita G.I Joe..so belilah vcd nak beli dvd mahal harga melampau sangat kalau tak salah dekat seratus lebih..


Tengoklah si adam makan sampai pipi pun turut sekali makan...


Lepas beli vcd dan makan bersiar-siar di dalam 1 utama tu saja bawa mereka ...




Hot dog dan fish ball adalah makanan kegemaran mereka ni..si aiman makan hot dog 2 maka si adam makan fish ball 2 cucuk juga...




Balik dari 1 Utama pergi Giant bukit antarabangsa sekejap sebab susu aiman dan adam dah nak habis.. sampai di Giant si adam pulak tidur maka kenalah dukung bukan calang-calang ringan si adam ni 20kg punya berat.. nasib baik aiman boleh harap suruh tolak troli dengan angkat barang-barang...
Balik rumah dah nak pukul 6pm..hujan lebat pulak..malas nak beli makanan so masak hot dog dengan fish ball ... bahan beli di giant tadi...
Oklah lah tu.. sekurang-kurangnya budak-budak dah mandi dan makan sebelum pukul 8pm..
Kalau tak jawabnya pukul 9pm baru nak makan...







Sunday, November 8, 2009

Main Bowling di Alamanda Putrajaya dengan Keicarmania

Assallamualaikum...
Hari ini ada game dari club kereta iaitu keicarmania.. dah lama tak lepak sekali dengan member-member club.. so hari ni pergi lah melihat perkembangan...
Member lain main bowling so si Adam bersungguh-sungguh nak main.. mungkin masa kahwin sharil orang lain main bowling Adam hanya usik bola sahaja..tapi kali ini bagilah adam main bowling.. aiman tak nak main pada mulanya...
Akhirnya mereka main 3 game ok lah.. sampai letih kedua-duanya...
seronok tengok adam berikan sokongan pada aiman...
Adam bermain piano di kedai Yamaha masa nak tukarkan tali violin aiman...


Member-member club....

Aiman dengan aksinya...


Adam melihat lontaran bola .....



Lambat sampai bola sebab dia hanya tolak sahaja...
Lepas main bowling kami makan di foodcourt di Alamanda.. Si Adam makan fish ball,Aiman pula makan burger.. Adam pulak buat hal nak muntah.. maka bagi dia muntah dekat sink basuh tangan,nasih baik tempat tertutup... yang penting sempat ..kalau tak habis lantai food court tu dah lah tempat public... tengah makan nasi si Aiman pulak nak buang air besar.. maka bergegaslah cari ketandas... hai macam-macam...
Last kami balik awal lah sebab takut hujan..sebab semalam basuh baju lepas tu hujan lebat basah..kena basuh semula.. hari ni jemur dan tak sanggup kena hujan lagi..
Ni basuh baju kali kedua.. tengok macam terang je dekat luar tu...
All the best... ibunya..





Saturday, November 7, 2009

Lagi Gambar Adam & Aiman..

Adam & Aiman begitu seronok ....
Masa makan aiskrim...

Bergambar di dalam Snow world...
Kesihan Adam kerana kasut yang diberikan tak sama saiz.. so sebelah selalu terkeluar adakalanya tercabut..dah lah glove semuanya saiz besar..sejuk memang sejuk.. so kalau dah merasa di genting ada salji maka nak ke oversea tak payah lah.. Adam sampai merah pipi sebab terlalu sejuk..itu pun tak nak keluar lagi..
Ticket nak masuk tak lah mahal sangat tapi nak ambil gambar di dalam tu tak boleh pakai camera sendiri so kena lah bayar... harga gambar lebih mahal dari ticket nak masuk...




Lagi gambar Aiman & Adam di Genting Highland

Adam bergitu berani sekali menaiki train tanpa di paksa.
Ini adalah baik berbanding sebelum ini.. tak menangis pun dia..
Ketika menaiki keretapi rusa sementara menunggu nak masu ke tempat salji...
Adam tak berikan orang duduk disebelah dia...

Bawa anak-anak bercuti di Genting Highland

Tempat yang selalu disebut sebut oleh adam iaitu Dinasour... Aiman memang nak main sangat bumper car ni.. nasib baik jumpa...Adam pulak tak dapat sebab tak cukup tinggi/umur untuk main...


Adam ni memang suka bagi ikan makan,dulu di 1 Utama..
Di Taman Tema luar....
Semasa baru sampai di Genting Highland.. seronok diaorang ni...

Assallamualaikum...

Hari ni kena ikut permintaan anak nak bermain Salji di Genting Highland...
So kena lah bawa mereka..lagi pun ibunya tiada saja nak menghilangkan bosan mereka duduk di rumah....
Sampai di Genting teringat semasa sampai di Beijing China...apa tak nya bau dan suasana dah jedi lebih kurang dah... Bau sebab dlm bangunan yang ada aircond tu dia jual daging salai,itu yang berbau semacam....
Apa pun melihat anak-anak enjoy memang puas...
Untuk Ibunya yang berada di tanah suci ini adalah gambar-gambar Aiman & Adam buat pengubat rindu...

Ha..ah..jangan jealous...














Friday, November 6, 2009

Makan-Makan di Kuala Lumpur






Assallamualaikum....

Disebabkan tiada isteri kerana bertugas di Tanah Suci bagi menunaikan Haji pada tahun ini maka nak bawa anak-anak makan pening juga.
Sebab asyik makan masakan yang sama iaitu tomyam campur kuah putih tak nak pedas..
So malam ni kena ubah selera check-check dekat web cakap dekat anak malam ni kita makan beef steak ... so memang dia orang suka lah..

So apa lagi lepas solat Maghrib kami ke Keramat ada satu restoran masakan barat di sana..Ala dekat bangunan sapura keramat ha..situlah kami dinner...

Order kan makanan yang di idamkan iaitu beef steak special katanya.. bila hidangan dah sampai maka Aiman membaca doa dan makan..katanya sedap.. mungkin lapar sangat lah tu agaknya..
Apa pun ayah mana yang tak gembira bila melihat anaknya makan dengan keadaan berselera... biar mahal sikit asalkan kita melihat dengan bersungguhnya anak kita makan...
.....Alhamdullilah syukur atas nikmat tuhan.....

Br
Dinrika...



Wednesday, November 4, 2009

Jadula Kuliah Ustaz Khazim Elias di Kuala Lumpur Nov 2009

Assallamualaikum ....

Ini adalah jadual Ustaz Khazim Elias di Kuala Lumpur pada bulan Nov 2009 ini...

Ianya bertempat di Surau Kemensah Hight dan juga di Surau Keramat AU4.Marilah kita beramai-ramai menimba ilmu agama untuk bekalan di dunia dan akhirat insyallah...Untuk maklumat lanjut bolehlah ke laman web beliau http://www.albarakah.org/

Sekian,

Wassallam...