Tuesday, February 7, 2012

Ikan Bakar Tanjung Lumpur, Kuantan


Assallamualaikum semua...
Pada cuti sempena MaulidulRasul yang lepas... penulis serta rakan-rakan bikers mengadakan ride sempena kenduri kahwin sahabat bikers di Jengka 3. Selepas selesai majlis kenduri , penulis serta rakan bikers semua telah menuju ke kuantan untuk pekena Ikan Bakar Tanjung Lumpur. Oleh kerana kami sampai masih awal ketika itu,maka kami kena menunggu sedikit.
Apa pun masakan di sini memang sedap dan berpatutan.
Ini kerana harga amat berbeza di tempat masing-masing.
Kami singgah di sebuah restoran yang betul-betul di simpang masuk nak ke Ana Ikan Bakar Petai.
Makanan yang kami order memang banyak dan kami makan seramai 17 orang. Dan harga yang kami perlu bayar adalah sekitar RM 22.00 untuk seorang.
Boleh dikatakan memang berbaloi jika makan di sini.
Penulis sempat berbual dengan tuan punya restoran,beliau mengatakan seandainya hendak makan di sini untuk malam minggu, sama ada datang sebelum pukul 7 pm atau selepas pukul 10:00pm. Ini untuk mengelakkan daripada kita terpaksa menunggu terlalu lama.
Apa pun disekitar Tanjung Lumpur ini memang banyak restoran Ikan Bakar.
Cuma hati-hati takut terkena dengan harga yang tak terfikir oleh kita.
Sebelum beli dan suruh masak, pastikan yang semuanya dikira terlebih dahulu dan tanyakan berapa harganya selepas dimasak.
Ini untuk mengelakkan daripada kita menerima bil yang tak terfikir oleh kita.
Makan memang sedap takut nanti masa nak bayar terkebil-kebil pulak..

Apa pun cubalah ke Tanjung Lumpur, Kuantan...
Wassallam...

Toyota Service Center


Assallamualaikum semua...
Baru baru ini penulis menghadapi masalah dengan kereta Hyundai Getz 1.3 yang di gunakan dari tahun 2004 lagi. Kos repair untuk keseluruhan mencecah sehingga 15K. Ini termasuklah dengan gearbox dan sebagainya. Oleh kerana kos untuk membaiki melebihi dari kos downpayment kereta baru. Maka penulis mengambil keputusan untuk membeli kenderaan baru. Setelah melihat dan bertanyakan pada rakan-rakan, maka Toyota Vios menjadi pilihan.
Ini kerana dari segi harga serta service yang diberikan.
Maka sebelum tahun baru cina yang lepas dapatlah penulis memiliki Toyota Vios. Dan sempena cuti yang panjang maka penulis sempat membawa pulang vios kesayangan ke Ganu kita. Oleh kerana kenderaan ini masih dalam pantang maka bawa pun tak lebih dari 100km/j... terasa slow sungguh...
Lepas pulang bercuti, vios ini perlu di service. Oleh kerana masa weeken yang padat. Maka pada sabtu yang lalu penulis telah menghantar ke pusat service Toyota di Subang.
Tapi kena lah booking terlebih dahulu.
Vios penulis di tetapkan pada pukul 08:00 pagi untuk di service.
Pengalaman pertama penulis di pusat service Toyota memang menakjubkan.
Ini kerana kawasan dan juga ruang menunggu yang luas. Serta selesa.
Apa yang boleh dipuji, kenderaan penulis siap di service dan cuci tak lebih dari 1:30 minute. Ini berbeza jika di bandingkan dengan service center Hyundai yang mana penulis menghantar kenderaan untuk normal service tapi siap kalau booking pukul 08:00am maka kenderaan akan siap dalam pukul 12:30pm..memang mengecewakan... ini berbeza dengan pusat service Toyota.
Dibawah ini adalah gambar-gambar yang menunjukkan gambar sekitar pusat service Toyota di Subang.
Kenderaan kita dapat dilihat dari dalam ruang menunggu. Ini kerana semuanya ianya dikelilingi oleh glass. Tidak seperti service center yang lain. Yang mana kita tidak dapat melihat apa yang berlaku.
Disediakan juga untuk kanak-kanak bermain sambil kita menunggu kenderaan siap di service.
Ruang sofa dan juga TV. Tapi tidak di pasang.
Di bahagian lain kita boleh melihat kenderaan kita di service.
Jadual kenderaan yang di service. Kita boleh melihat apa yang sedang berlaku.
Dari segi permulaan-spare part- cuci sehingga siap.
Semuanya dalam jadual yang systematic. Ini berbanding dengan pusat service center lain.
Antara makenik dan juga pegawai yang bertugas untuk memastikan kenderaan pelanggan memenuhi piawaian yang dikehendaki.
Apa pun penulis happy buat masa ini dengan Vios yang di beli.
Kepada makenik Toyota di Subang selamat menjalankan tugas anda dengan baik.
Wassallam.

Saturday, November 12, 2011

Kembara Masjid : Day 3






Kembara Masjid : Hari ke -2



Salah satu Masjid Lama yang kini terbiar kerana ianya pernah ditenggelami air Banjir.
Oleh itu Kerajaan Johor telah membina satu Masjid yang Baru bagi menggantikan Masjid ini.







Kembara Masjid - 1


Assallamualaikum...
Pada tahun 2011 telah berlangsungnya ride yang dikenali sebagai Kembara Masjid oleh Malaysian Easy Rider Community. 
Sememangnya kembara ini bukan lah mencari apa-apa atau lebih lagi kepada kebendaan.
Ini lebih kepada satu ride amal oleh group MEC...

Selalu kita lihat kelab motor berkuasa besar ini banyak mengadakan aktiviti amal .
Ini adalah merupakan satu aktiviti yang seumpanya di sini buat masa ini.
Jelajah ini adalah untuk melihat Masjid-Masjid lama yang di bina oleh mereka yang terdahulu daripada kita. Ada diantaranya masih lagi utuh dan ada Masjid yang telah terbiar. 























Masing masing mempunyai tujuan tersendiri.
Ada di antara kami yang cuba menunaikan seberapa banyak solat sunat tahyatul Masjid.
Di samping itu juga kami berikan sumbangan Naskah Al-Quran bagi setiap Masjid yang di kunjungi.
Naskah Al-Quran ini diberikan oleh individu.





Kami di sambut dengan paluan kompang oleh Jemaah Masjid di daerah Melaka...







Aku dan jentera ku..


Memang seronok apabila dapat menunggang motosikal berkuasa besar ini..
Terasa bebas .....


Apa pun let ride baby....

Dugem: Intekma Nov 2011 – Sempena Motor baru.

Assallamualaikum dan salam sejahtera semua…
Kepada para pembaca yang setia diluar sana…
Malam semalam telah berlangsungnya satu majlis ringkas
untuk perasmian kuda besi baru oleh sahabat kita iaitu saudara Zen…
Antara yang hadir rakan-rakan dari group motor MEC.
Seperti biasa konvoi berkumpul di perkarangan Esso Batu 3
pada jam 09:45pm.
Tepat jam 10:00pm
konvoi mula bergerak menuju ke destinasi yang di katakan.
Seperti biasa kami hanya bersembang-sembang tentang
perancangan untuk ride yang akan datang. Tak lupa juga ada rakan kita yang
mencuba-cuba untuk melihat dengan lebih dekat jentera baru saudara Zen kita.
Malam tu Zen letih mulut juga lah nak menerangkan kehebatan kuda besi beliau
yang baru ni….
Kami di hiburkan oleh live band yang baru( tak pasti apa
nama kumpulannya).. Dianggotai seramai 3 orang sahaja. Penyanyinya adalah
wanita.. cantik,comel molek.. ramai yang angau malam tu.. lebih lebih lagi
saudara Azam kita… Nyanyian oklah.. tapi persembahan tak best.. depa ni
melantak lama sangat. Kita datang nak dengar live band…
Apa pun menurut kapten resort intekma ,band ni akan hanya
sampai hujung bulan ini sahaja.
Malam ni melihatkan beberapa sahabat kita yang sudah mula
gatal nak berbini baru( kuda besi lah…)
Aku juga yang masih dengan jiwa easy bro…. janji ride.
Kali ini kami tidak berada lama di sini kerana awal pagi
sabtu ada sahabat kita yang akan naik basikal untuk satu acara…
Apa pun ribuan terima kasih kepada yang hadir.
Dan tak lupa juga kepada saudara Zen kita sempena bini
baru beliau 1000cc… Cuma sekarang ni beliau dlm pantang tak boleh ganas-ganas
nanti pecah pulak…
Terima kasi kerana open table malam tu…..