Wednesday, May 14, 2014

Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar

Jalan jalan mencari laksa...
Ramai yang telah tahu di Kuala Kangsar amat popular dengan Laksa Pak Ngah nya...
kedai asal laksa pak ngah adalah dibelakang sekolah cina di kuala kangsar. ..
Rasa laksa pak ngah ni lain jika dibandingkan dengan laksa dari Penang...
CENDOL di sini memang terbaik...
Rugi kalau tak cuba...
Apa lagi moh ke kuala kita....

Wassallam. ..

Tuesday, May 13, 2014

Makan ikan patin Temerloh

Assallamualaikum. ..
baru baru ini penulis dan rakan rakan lain ride.ke temerluh makan ikan patin...
tapi di kedai yg lain lah.. dekat area hentian rnr temerloh tu...
Lihatlah lauk.pauk yang ada...
Rasa boleh lah... tapi yg dekat bastand lagi best....

Apa.pun... jommm layan patin....

Ride makan lemang To ki Bentong

Assallamualaikum. .. hari tu kami ride ke Lemang to ki bentong..
memang lokasi ni menjadi peminat para bikers semua...
Roti canai dia pun sedap..
Lemang usang cakaplah..
Kalau mengidam boleh sangat datang sini makan..
Dia punya suasana kedai makan pun best...
Apa.lagi jomm lah cuba...

Makan ketam lembut di Kuala Gula

Assallamualaikum kpd pembaca di luar sana...
Hari buruh yg lepas penulis membawa kereta ke Krabi bercuti bersama sama anak anak...
memang dah lama plan nak ke sana...
on the way balik ke kl kami singgah makan tengahari di kuala gula.. nak bawak anak anak.merasa makan ketam lembut..
Kami.makan di restoran JS...
Kedai dibuka pada pukul 12:30pm... so kena tunggu lah...

Rasa ketam lembut ni boleh lah...
Tapi kalau dah selalu makan macam biasa biasa sahaja rasanya..
Cuma makan tak perlu kupas kulitnya..
Makan sekali dengan kulit kulit..sebab tu di panggil ketam lembut...

Apa pun... cubalah....

Barangan larangan yang tidak dibenarkan oleh pihak kastam Malaysia

Hari Isnin yang lalu penulis ke Kastam KLIA untuk urusan dengan pegawai yang bertugas...
masuk di bahagian kastam tingkat satu terjumpa lah beberapa barangan yang tidak dibenarkan okeh pihak kerajaan Malaysia. 
Oleh itu.. kepada yg pergi melancung ke China pastikan tidak membawa masuk barang seperti ini. Ianya akan dirampas oleh pihak Kastam nanti di pintu masuk negara.

Apa pun ambil ini sebagai pedoman....

Wassallam. ..

Ride asam Pedas Hardrock Cafe Melaka

Assalamualaikum semua. ..
selepas ride dari Mee bandung muar.. kami lunch di Hardrock Cafe Melaka.. untuk makan asam pedas. Kata kawan asam pedas dia sedap so nak test lah...
Nak ke hardrock cafe ni memang sesak tapi naik moto kira oklah... parking pun tak banyak jika dibandingkan dengan hardrock cafe kl...
Apa pun kini penulis dah sampai di hardrock cafe Melaka...
Suasana memang best tapi siang tak ada lah meriah kalau dibandingkan dengan malam.
bila dah berpeluh.. sesekali masuk dlm aircond memang best lah...
Kena pulak minum cendol sebagai pembuka..pehhh meleleh...
Ini lah dia asam pedas Hardrock cafe Melaka...
rasa entahlah.. penulis bungkus sikit.. tapi mem kata tak berapa sedap jika dibandingkan dengan yang di Muar parit jawa....
Apa pun terima kasih kepada Hj Wakiki sebab belanja lunch ni... semoga murah rezeki.. dan ditemukan jodoh secepat mungkin...
Amin....

Ride asam pedas Muar

Assalamualaikum kepada para pembaca diluar sana... 
kini penulis berkesempatan untuk menulis dan juga update blog yg dah berkurun lama ni.
baru baru ini penulis dan rakan rakan ride ke Muar untuk merasa Mee Bandung Muar.
Katanya Mee Bandung Muar seperti didalam gambar ini merupakan Mee Bandung yg pertama dan famous di Muar.
Melihat kedatangan pelanggan memang rasanya popular.
Cuma komen penulis kedai ni banyak sangat lalat. Mungkin sebab dia punya bahan dibuat daripada udang. Itu yang banyak sang lalat tu.
Dari segi rasa macam biasa sahaja..
Tak lah best sangat pun.
Katanya ada tempat lain yg sedap. Nanti next ride nak cuba pulak.

Apa.pun selamat menjamu selera....