Tuesday, June 3, 2014

Bercuti ke Krabi Thailand lagi

Salam...
pada awal bulan May penulis dan keluarga bercuti ke Krabi..bawak kereta sendiri. 
Ini kali ke 2 penulis ke krabi.. 
kenapa krabi.. sebab hotel murah..makan sedap.. shooping pun ok.
lihatlah pemandangan pagi dari changlun ke bukit kayu hitam...
Oleh kerana boader thailand jamm teruk maka makan pagi pun dah lambat....
apa pun lepas siap semua urusan kami makan di depan sikit boarder tu ada kedai muslim...
Makan di Thailand ni semuanya sedap.. macam mana badan tak naik....
Makam nasi kuning dgn ayam goreng..pehhh memang sedap... siap bungkus lagi sebab malas nak berhenti masa drive nanti...
Budak budak kalau drive jauh ni cepat bosan.. so kena lah singgah mana mana hentian cafe amazon.. rasa kopi thailand... best ala ala starbuck ..
Sampai di krabi kami banyak habiskan masa di hotel untuk menggunakan kemudahan yang ada...
anak anak seronoklah... Malas nak ke pantai atau pulau.. sebab yang lalu dah pergi.. kali ni nak lepak santai je...
Kalau pergi di Krabi,Hat Yai, ke ramai orang Malaysia.
Dan ramai juga yang drive sendiri...
Apa lagi jomm lah semua...
Persiapkan GPS dgn MAP Thailand..
Beli whitecard dan juga Thai insurance.. ni semua buat di pekan Changlun.. boleh nampak.
Kalau drive di sini kena ikut lah peraturan yang sedia ada...
Hari kedua lepas makan.. adam nak naik gajah.. maka carilah.
aktiviti naik gajah ni kena booking. Kalau tak nanti sure harga mahal punya...
Ini pun sebab nak memenuhi permintaan anak kecil tu yang nak naik Gajah...
Antara kedai makan muslim di krabi yang cantik didalamnya.. ramai pelancong malaysia makan di sini...
Lepas naik gajah kami ke pasar malam di krabi. Sebenarnya tak best pun pasar malam disini.. kalau boleh tak payah pergilah.. jalan jalan di tepi pantai krabi lagi best...
Antara pemandangan di dalam kedai makan muslim di Krabi.
Nak cari kedai makan muslim di Thailand.. cari Masjid atau lambang bulan sabit.. In Shaa Allah...
Kami makan malam di restoran yg seperti diatas tadi.... oklah dia punya service.. kedai dlm cantik dengan ukiran kayu...
Yg ni penulis punya menu...nyum nyum nyum...
Kalau ke thailand pastikan cari menu ni.. anda pasti mau order Sampai 2 kelapa...he he he..
Malamnya kami makan di restoran ni..
namanya daicha...
minum teh ais buih... sedap..dan manis...ha ha ha..
Lepas massage ... masa untuk tido...he he he..

Moh bercuti .....

Harum manis oh harum manis

Assalamualaikum. ...
Harum manis.. hanya boleh didapati di Perlis sahaja.. tempat lain boleh tanam.tapi tak sesedap macam di Perlis. Walaupun pernah di tanam di Thailand..tapi rasa di Perlis lebih sedap. Itu kelebihannya..
harga memang mahal sekilo dlm RM22.00 
kalau beli satu kota dlm.RM100.00
Kalau nak beli elok pergi beli dekat yg tanam betul betul. Kalau beli tepi jalan tu dah terkena... mahal ke boleh harap.. rasa macam plam biasa.. tipah kena tipu...
penulis dapat contact dari kawan yang memang bawak balik harum manis dan jual di kuala lumpur. ..
Rasanya.....pehhh..kena pulak makan dengan pulut... tengok tu penulis terjah kerumah peladang harum.manis tu. Baru bangun tido..
nak buat macam mana kebetulan lalu nak balik ke kl dari thailand...
Gambar di atas tu pulut mangga dan pulut durian di hat yai...
Sedap....
Wassallam. ..

Ride ke Bentong-Sg Koyan-Cameron highland-Sg koyan-Bentong-KL

Assalamualaikum semua...
Hari Ahad yang lepas penulis dan beberapa rakan lain plan ride santai je untuk panaskan enjin moto sebab dah lama tak ride...
kali ni penulis memilih ride seperti tajuk di atas...sebab nak merasa makan tengahari di Lemang Tok Aki di Bentong. 
Kami sarapan pagi di lemang tok aki untuk makan pagi. Pekena lemang sikit...peh..memang lembut dan sedap. Tak payah nak tunggu nak raya... lemang disini memang terkenal... ramai pelanggan yg datang makan pagi..service pun cepat.. order air atau makan ok. Tak tunggu lama..
Antara rakan rakan yang makan di sini...
Lepas makan kami layan sg koyan... mana moto tajam memang ini yang dicari...kita duduk belakang je lah ride santai he he he...
Kami singgah di ladang teh sebelum tanah rata sahaja... sebab kalau naik atas sure jalan jamm. Kebetulan cuti sekolah...lagi lah...
Antara menu makan tengahari kami pada hari itu.. daging salai dan ayam salai atau panggang... makan dengan kuah asam.. macam ikan bakar....
Daging agak liat... tapi ayam kira oklah..

Masa sampai dirumah baru perasan tayar k1600gtl dah nampak dawai...
Penulis belasah sampai 15500km.. kira tinggi juga...
Ada rider lain hanya 10000km sahaja...

Next nak kena tukar tayar pulak ni...

Yang penting janji ride...

Wassallam. ...
.

Pasar baru keramat

Salam...
Bagi yang belum lagi ke pasar baru dato keramat silalah berkunjung kesana.
Kalau naik train turun di hentian Damai.
Di pasar baru keramat ini tidak semeriah seperti di pasar lama keramat.
Banyak kedai yang hidup segan mati tak mahu pun ada.
tapi ruang parking memang penuh sebab ramai yg parking untuk naik putra ke tempat kerja.
Sayang bangunan cantik dan besar.. tetapi tak ramai yang nak berkunjung ke sini. Pihak pengurusan patut menjalankan sesuatu untuk memajukan. Tarik lah peniaga di pasar lama yg memang dah ada nama dan pelanggan tetap untuk membuka cawangan disini. Macam ikan bakar ke....
Apa pun. Gunakan dengan baik kemudahan yang diberikan.
Penulis pun tumpang parking disini. Tapi pagi tu breakfast lah di kedai kedai disini. Sekurang kurangnya dapat membantu ekonomi peniaga di sini. Kalau parking di luar tu kena RM3.00
Tapi kalau makan pagi RM3.00 boleh dapat nescafe tarik dan nasi lemak.. oklah.. sambil makan sambil tu parking.
Kalau ramai yg buat macam tu mesti maju kedai makan di sini.
Lokasi dah cantik dekat dengan lrt. Mana yg bekerja di KLCC ke kalau nak jimat boleh makan di sini...
Wassallam. ...