Saturday, September 26, 2015

Bercuti di krabi pada Raya Haji

Salam kepada semua pembaca. Ni cerita tahun 2015. Penulis lama tak aktive dlm blog. Busy sikit. 
Pada tahun lepas Hari Raya Haji penulis bercuti di Krabi. Saje nak cari kelainan nak merasa beraya di tempat orang.
Selepas solat Hari Raya Aidiladha penulis dan keluarga terus bergerak ke Krabi. Perjalan biasa sahaja tapi kalau lewat sikit sure jalan sesak. Penulis sampai di pekan krabi sekitar pukul 9pm malam atau waktu Malaysia 10pm.
Kalau bercuti waktu cuti hari raya ni makan agak susah sikit. Sebab banyak kedai yang masih cuti macam kita di sini lah.
ada beberapa kedai yang buka tapi tak lah seperti hari biasa. So kalau nak makan pagi, lunch dan dinner kena cari dekat area masjid. Senang. Banyak pilihan. 
Lihatlah kedai makan pada waktu hari kedua Hari Raya Haji. Ada beberapa sahaja yang buka. 
Janji Halal.. so makan je. Tapi sedap sebenarnya makan di sini. Harga pulak ok berbanding kita di Kuala Lumpur.
Penduduk tempatan menikmati makan pagi sambil berbual bual macam kita di sini juga lah.
Apa pun memang best.
Penulis nak katakan yang bestnya kalau kita bercuti di Thailand ni bukan apa.. makan dan penginapan dia ok murah berbanding kita di Malaysia ni. Kalau kita di sini waktu cuti sekolah kalau nak bercuti hotel semuanya Mahal. Yg 2..3 star pun mahal tak ingat. Tapi kalau di Thailand ni bayar dlm 80 ringgit pun hotel bersih dan selesa. Kita di sini kalau harga macam tu kira rumah tumpangan je lah..
Apa pun kepada semua.. jomm bercuti. Jauh perjalanan luas pemandangan. Lihat dunia luar...
Wassalam.

Friday, May 8, 2015

Daging masak kicap Kuala Nerang

Ni kes masa nak masuk Thailand masa cuti CNY 2015. Bercuti di Thailand.
makan di sini sedap.. murah..dan best pemandangan di sini cantik sambil melihat sawah padi.
Kalau nak ke Thailand mengikut laluan Durian Burung akan jumpa kedai ni di belah Kiri.. 

Wassalam

Sunday, April 19, 2015

Ride panaskan engin moto dan makan makan di Kota Bahru Kelantan

Assalamualaikum. ..
pada 2 minggu yang lepas... penulis dan bersama seorang rakan telah berkunjung ke Kota Bahru Kelantan... ride panaskan engin moto yang dah lama tak ride...
kami dari Kl sekitar Jam 8 pagi selepas sarapan pagi di Pelita Nasi Kandar ampang. 
Selepas semuanya siap.. kami menuju  ke LPT highway.. menuju ke Terengganu dan kelantan
Penulis dan rakan singgah sekejap untuk makan sotong celup tepung di pantai rhu 10.
kami sampai di Kota Bahru sekitar jam 4 petang.  Kami rehat dan selepas itu seperti biasa makan makan lah...
Kami singgah dekat area pasar siti khatijah.
melihatkan tiada apa kami singgah kedai makan yang kami rasakan boleh lah... sebab perut dah lapar. Kedai cikgu dah tutup  masa tu.
malamnya kami.makan buger bakar.. katanya sedap.. bagi penulis biasa.sahaja.. tapi ok.. jalan jalan cari makan...
Keesokkan harinya.. penulis memulakan perjalanan awal.. iaitu selepas subuh.
Kami.singgah di 2 tempat untuk sarapan.. satu di kedai orang kampung. .. dan satu lagi di resort Belum....


Apa.pun ride di awal pagi memang best...
Kami singgah di Tasik Raban untuk.makan tenghahari....

Kami Selamat sampai di kediaman masing masing sekitar pukul 4pm


Apa pun ride kali ni just ride.. 

Wassallam 

Masakan Indon dekat E curve

Assalamualaikum. ..
bulan lepas penulis berjalan-jalan ke e curve.
seingat penulis. . Ada ternampak masakan Indon  di sini iaitu sapi.
sebab masa ppenulis ke Kota Jakarta... penulis makan sapi.  Memang sedap..
tapi di sini kurang enak rasanya... kena pergi semula.ke Jakarta ni...
Diantara masakan yg penulis rasa...
boleh tahan.
 Yang best air jeruk kelapa.. iaitu air kelapa di campurkan dengan lemon... memang sedap....
Sup sapi... 
Ikan goreng tu biasa sahaja... kalau di Jakarta lagi sedap...

Apa pun selamat menjamu selera..

Wassallam. 

Sunday, March 29, 2015

Makan makanan Indon di The Curve

Assalamualaikum. ..
hari ni makan masakan Indon  di The Curve.. restoranJeko...
air jeruk kelapa sedap..
Meh cuba....

Wednesday, February 11, 2015

Restaurant Wadihana Masakan Korean Muslim

Salam Kpd para pembaca semua...
penulis berkesempatan untuk merasa hidangan di restoran masakan korean muslim ni di Taman Melawati. 
Nampak gaya memang popular restaurant ni tapi penulis tengok tak lah juga...
Penulis dan keluarga order makanan barat.. dari menu gambar cantik harga boleh tahan...
tapi bila hidangan sampai biasa sahaja..
dari segi harga baik makan di Tony Romas ke atau steak dekat depan bangunan Sapura keramat tu. Sedap dan murah...
Ni harapkan nama restaurant sahaja rasanya...apa pun selera masing masing.
Apa pun bagi penulis tidak seindah dari gambaran...
Harga .. baik cari western restaurant lain.. 
Kalau malam minggu ramai pengunjung  yang singgah. Mungkin  ia ada peminatnya tersendiri. 

Apa.pun dekat tempat lain rasanya masih lagi beroperasi kerana mereka banyak cawangannya...

Wassallam. 

Ride ke 1000 corner & Chiang Mai Thailand Part 1

Salam kepada pembaca semua.
ni cerita pada tahun 2015 masa cuti Christmas. Ride ni memang dah di rancang di awal tahun lagi. 
Target penulis dan semua rider adalah berehat lebih lama di Chang Mai , Hua Hin dan Pai. Yang lain tu hanyalah tido dlm perjalanan menuju ke destinasi sahaja.
Day 1. Semua masih bersemangat.. keluar seawal pagi menuju ke next destinasi.