Tuesday, February 7, 2012

Harga dah Naik Nasi Briyani Ruz Alladin


Assallamualaikum....
Tadi anak kata nak makan nasi dengan daging yang sedap dekat kedai Toyota..
So kedai itu adalah Nasi Briyani Ruz Alladin.
Bila dah duduk dan diberikan senarai menu terkejut juga sebab harga naik melampau tu..
Padahal sebelum Tahun Baru Cina bulan lepas ( Jan 2012) harga nasi briyani biasa untuk ayam adalah RM 9.00 sahaja.
Tapi kini tengoklah seperti di atas... entahlah nak kata apa...
Kalau nak naik pun agak-agak lah...
Ini naik sebanyak RM 5.00 tu...

Kalau macam ni, nampaknya kena ubah lah. Kalau nak makan yang sedap-sedap macam ni ke buat 3 bulan sekali ke atau ada hari- hari yang tertentu sahaja...

Wassallam...

No comments:

Post a Comment