Tuesday, July 13, 2010

Mengisi masa lapang anak-anak daripada bermain computer,facebook dengan perkara yang berfaedah.







Assallamualaikum...

Sebenarnya dah lama hantar Aiman ke kelas Teakwando di Sekolah Rendah Taman Melawati. Sebenarnya adalah bertujuan untuk mengisi masa yang terluang oleh Aiman daripada bermain computer,game dan juga facebook.
Apa yang menariknya kelas teakwando ini bermula hari Sabtu daripada pukul 10:00am sehingga 11:45am. Dan disebelah petangnya pula bermula pada pukul 03:30pm - 05:30pm.
Sekiranya perlu master akan memyambungnya pada hari Ahad juga.
So tak lah Aiman leka dengan computer dan game.
Apa yang menariknya lagi adalah- Yuran pengajian untuk setiap bulan adalah hanya RM 20.00 sahaja. Cuma baju nya sahaja iaitu RM 60-RM70.00

Tapi sayang kebanyakkan ibubapa tidak menghantar anak-anak mereka untuk aktivity seperti ini,sekurang-kurangnya dapat mendidik anak-anak kita dari membuang masa.

Oleh itu saya serua kepada semua ibu bapa agar dapat menghantar anak-anak di dalam mana-mana aktiviti yang berfaedah seperti ini.
Mungkin sebelum ini kita rasakan yuranya agak mahal... tapi percayalah..
Seperti apa yang saya tulis ini merupakan satu aktiviti yang sihat untuk anak kita bagi melatih dari segi mental dan fizikal...

Sekiranya berminat - datanglah ke Sekolah Rendah Taman Melawati berhadapan BHP pada waktu yang ditulis..
Tanyalah pada Master yang mengajar.. apa yang bagusnya guru-guru ini mereka terapkan displin pada anak-anak kita dan rasa hormat pada yang lebih tua...

Wassallam...

No comments:

Post a Comment