Tuesday, July 13, 2010

Sambutan Israk Mikraj Disampaikan oleh Ustaz Khazim Elias

Kuliah di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati : 10:00am - 12:00pm

Forum Perdana : Oleh Ustaz Khazim Elias dan juga Ustaz Mohd Deen.





Assallamualaikum...

Pada hari sabtu dan ahad yang lalu aku sempat menghadirkan diri untuk mengisi masa ketika hayat ku ada dengan kuliah-kuliah agama..
Pada malam sabtu tu aku tengok jadual Ustaz Khazim di laman webnya iaitu : www.albarakah.org yang mana beliau ada menyampaikan kuliah agama di Masjid Mustaqim. Aku search di google tapi tak jumpa di mana lokasi.. So aku bertekad selepas solat asar ( agak lewat ku laksanakannya ketika jam menunjukkan hampir pukul 07:0pm) Selepas aku solat Asar,aku memanjatkan doa ku pada Allah untuk diberikan petunjukan untuk aku pergi ke kuliah Ustaz Khazim ni. Alhamdullilah .. doa ku dikabulkan.. tanpa banyak laluan sukar aku berjaya mencari Surau Mustaqim yang mana tidak jauh dari Masjid As-Sobbirin Taman Permata. Selepas solat Magrib Ustaz Khazim menyampaikan kuliah sempena Israk dan Makrij. Di dalam kuliah tersebut beliau ada menyebut bahawa tugas sebagai seorang pendakwah bukannya senang kerena baru-baru ni beliau menerima ugutan bunuh... Subbahanallah... dan juga akan di ugut di simbah Asid..
Apa pun beliau percaya selagi mana beliau mengekalkan haram tetap haram,halal tetap halal .. nescaya Allah akan melindungi umat Nya.
Selepas solat Isyak ,aku pergi pula di Masjid Al-Riduan kerana ada forum perdana sempana meraikan Israk dan Mikraj juga...
Walaupun sebelum itu hujan turun dengan lebatnya namun ianya tidak mematahkan semangat bagi yang mencintai ilmu agama...
Keesokkan pagi selepas solat subuh di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati,Aku terus bergegas ke Surau Bukit Murni Bukit Antarabangsa... Alhamdullilah .. Allah Maha Kuasa kerana telah menunjukkan kepada ku tempat nya..

Di dalam kuliah di Masjid Al Hidayah ,Ustaz Khazim ada memberikan rahsia atau amalan yang beliau selalu amalkan untuk diri beliau.. iaitu apabila di fitnah,dikata oleh orang dengan macam-macam...
Amalan itu diberikan oleh beliau selepas habis kuliah...

Hadirin yang datang tak dapat dikatakan memang ramai...
Sememangnya Ustaz Khazim Elias ini amat terkenal di sekitar Masjid Ulu Kelang...

Pada Hujung minggu ni beliau akan menyampaikan lagi kuliah agama ....

Tak sabar rasanya nak menunggu... kerana kuliah yang disampaikan adalah amat jelas dan tidak berbaur politik semata-mata...,ditambahkan lagi dengan kelucuan...

Kepada mereka yang baru berjinak-jinak untuk mendekatkan diri kepada kuliah agama cuba cari VCD ustaz Khazim Elias... Nescaya anda pasti akan mendapat banyak pengajarannya...

Sekiranya hendak melihat jadual ustaz khazim ini boleh lah ke laman web beliau iaitu : www.albarakah.org

Sekian,
Wassallam.


No comments:

Post a Comment