Tuesday, July 13, 2010

Sambutan Israk Mikraj Disampaikan oleh Ustaz Khazim Elias

Kuliah di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati : 10:00am - 12:00pm

Forum Perdana : Oleh Ustaz Khazim Elias dan juga Ustaz Mohd Deen.





Assallamualaikum...

Pada hari sabtu dan ahad yang lalu aku sempat menghadirkan diri untuk mengisi masa ketika hayat ku ada dengan kuliah-kuliah agama..
Pada malam sabtu tu aku tengok jadual Ustaz Khazim di laman webnya iaitu : www.albarakah.org yang mana beliau ada menyampaikan kuliah agama di Masjid Mustaqim. Aku search di google tapi tak jumpa di mana lokasi.. So aku bertekad selepas solat asar ( agak lewat ku laksanakannya ketika jam menunjukkan hampir pukul 07:0pm) Selepas aku solat Asar,aku memanjatkan doa ku pada Allah untuk diberikan petunjukan untuk aku pergi ke kuliah Ustaz Khazim ni. Alhamdullilah .. doa ku dikabulkan.. tanpa banyak laluan sukar aku berjaya mencari Surau Mustaqim yang mana tidak jauh dari Masjid As-Sobbirin Taman Permata. Selepas solat Magrib Ustaz Khazim menyampaikan kuliah sempena Israk dan Makrij. Di dalam kuliah tersebut beliau ada menyebut bahawa tugas sebagai seorang pendakwah bukannya senang kerena baru-baru ni beliau menerima ugutan bunuh... Subbahanallah... dan juga akan di ugut di simbah Asid..
Apa pun beliau percaya selagi mana beliau mengekalkan haram tetap haram,halal tetap halal .. nescaya Allah akan melindungi umat Nya.
Selepas solat Isyak ,aku pergi pula di Masjid Al-Riduan kerana ada forum perdana sempana meraikan Israk dan Mikraj juga...
Walaupun sebelum itu hujan turun dengan lebatnya namun ianya tidak mematahkan semangat bagi yang mencintai ilmu agama...
Keesokkan pagi selepas solat subuh di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati,Aku terus bergegas ke Surau Bukit Murni Bukit Antarabangsa... Alhamdullilah .. Allah Maha Kuasa kerana telah menunjukkan kepada ku tempat nya..

Di dalam kuliah di Masjid Al Hidayah ,Ustaz Khazim ada memberikan rahsia atau amalan yang beliau selalu amalkan untuk diri beliau.. iaitu apabila di fitnah,dikata oleh orang dengan macam-macam...
Amalan itu diberikan oleh beliau selepas habis kuliah...

Hadirin yang datang tak dapat dikatakan memang ramai...
Sememangnya Ustaz Khazim Elias ini amat terkenal di sekitar Masjid Ulu Kelang...

Pada Hujung minggu ni beliau akan menyampaikan lagi kuliah agama ....

Tak sabar rasanya nak menunggu... kerana kuliah yang disampaikan adalah amat jelas dan tidak berbaur politik semata-mata...,ditambahkan lagi dengan kelucuan...

Kepada mereka yang baru berjinak-jinak untuk mendekatkan diri kepada kuliah agama cuba cari VCD ustaz Khazim Elias... Nescaya anda pasti akan mendapat banyak pengajarannya...

Sekiranya hendak melihat jadual ustaz khazim ini boleh lah ke laman web beliau iaitu : www.albarakah.org

Sekian,
Wassallam.


Mengisi masa lapang anak-anak daripada bermain computer,facebook dengan perkara yang berfaedah.







Assallamualaikum...

Sebenarnya dah lama hantar Aiman ke kelas Teakwando di Sekolah Rendah Taman Melawati. Sebenarnya adalah bertujuan untuk mengisi masa yang terluang oleh Aiman daripada bermain computer,game dan juga facebook.
Apa yang menariknya kelas teakwando ini bermula hari Sabtu daripada pukul 10:00am sehingga 11:45am. Dan disebelah petangnya pula bermula pada pukul 03:30pm - 05:30pm.
Sekiranya perlu master akan memyambungnya pada hari Ahad juga.
So tak lah Aiman leka dengan computer dan game.
Apa yang menariknya lagi adalah- Yuran pengajian untuk setiap bulan adalah hanya RM 20.00 sahaja. Cuma baju nya sahaja iaitu RM 60-RM70.00

Tapi sayang kebanyakkan ibubapa tidak menghantar anak-anak mereka untuk aktivity seperti ini,sekurang-kurangnya dapat mendidik anak-anak kita dari membuang masa.

Oleh itu saya serua kepada semua ibu bapa agar dapat menghantar anak-anak di dalam mana-mana aktiviti yang berfaedah seperti ini.
Mungkin sebelum ini kita rasakan yuranya agak mahal... tapi percayalah..
Seperti apa yang saya tulis ini merupakan satu aktiviti yang sihat untuk anak kita bagi melatih dari segi mental dan fizikal...

Sekiranya berminat - datanglah ke Sekolah Rendah Taman Melawati berhadapan BHP pada waktu yang ditulis..
Tanyalah pada Master yang mengajar.. apa yang bagusnya guru-guru ini mereka terapkan displin pada anak-anak kita dan rasa hormat pada yang lebih tua...

Wassallam...

Nasi Arab Di Restoran SABA Setiawangsa





Assallamualaikum...
Bila terdengar nasi arab pastinya terasa lapar di perut.
Mana tidaknya,apabila kita order nasi arab kalau tengokkan hidangan yang akan di hantar tu macam untuk makan 3 orang,tapi bila makan ...huuuhhh.. macam tak cukup lah pulak..
Apa pun nasi arab yang sedap setakat ni adalah di Restoran Saba..
Katanya di Cyberjaya ada juga Saba Restoran tapi pernah test sekali macam tak berapa menarik berbanding di Setiawangsa ni...
Apa pun untuk 3 orang makan dengan airnya harga sekitar RM 50.00 sahaja...
Oleh itu kira berbaloi lah...
Kalau pergi malam minggu memang kena datang awal.. hari biasa pun ramai orang inikan pula malam minggu.. kalau tak buat tempahan ada kemungkinan hanya makan roti lah sebab nasi dah habis..

Apa pun... sedap makan nasi arab ayam panggang dan juga kambing.. heemmmm sedap...

Cubalah...

Br
Dinrika

Monday, June 28, 2010

Bercuti di Bukit Merah Lake Town Resort

Assallamualaikum...
Cuti sekolah yang lepas tidak berpeluang untuk membawa anak-anak pergi bercuti. So hari minggu yang lepas berkesempatan untuk membawa anak-anak bercuti.
Plan asal nak pergi ke Sekolah Al Barakah Ustaz Khazim Elias ,tapi disebabkan sesat beberapa kali sehinggakan dah lewat petang maka ubah plan untuk cari tempat penginapan.
Penginapan yang terdekat adalah di Bukit Merah Lake town resort.
Di bawah ini adalah beberapa aktivi yang menggembirakan Aiman dan Adam...

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur sempat bawa Aiman dan Adam ke Perkampungan Orang Hutan.
Di sini bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 20.00 bagi dewasa dan RM 17.00 bagi kanak-kanak. Memang berbaloi sebab kalau nak tengok perkampungan Orang Hutan yang dijaga sepenuhnya kena pergi ke Sandakan Sabah. Tapi di Bukit Merah ni kita boleh melihat penerangan yang detail dari peringkat baby Orang Hutan sampai yang ke peringkat tertua sekali.
Adam melihat gelagat Orang hutan yang sedang Mandi...
Salah seekor Orang Utan yang sedang mandi dan juga minum.


Ranjer sedang membunuh ular yang terdapat di kawasan Orang Utan. Sebabnya adalah amat merbahaya sekiranya ular tadi mematuk Orang Utan yang terdapat di dalam kawasan itu.
Pada waktu malam selepas balik dari menaiki bot dan Hood ( melihat zoo pada waktu malam).Adam lapar nak makan so kami order fish and chip tapi ...hemmm tak best harga RM 10.00 fish hemm macam tempe .. berminyak.. pendek kata memang tak best lah makan ... Gerai2 yang menjual makanan pun tak berapa sedap.. tapi kalau dah lapar hentam sajalah ...
Gambar Adam pakai camera phone..
Adam ambil gambar ayah dan Aiman guna camera phone.. not bad ...
Adam yang keletihan...

Apa pun Aiman dan Adam seronok bercuti di bukit merah...
Nak plan nak ke Gunung Jerai nak bercuti di puncaknya pula...

Wassallam.

Wednesday, April 14, 2010

Modenas CT110


Warna engin yang menarik..nampak lebih segak berbanding model yang terdahulu...
Pandangan sisi...

Murah dalam kelasnya tapi padat...

Pandangan dari belakang ..
Panel meter yg simple ...
Assallamualaikum...
Teman baru sahaja dapat memiliki sebuah motosikal ...
Hajat nak ambil macam Yamaha atau Honda tapi dok di sebabkan jename ini adalah merupakan jenama yang panas maka tak jadilah nak memilikinya..
Search punya search..kira pejam mata ambil modenas CT110 lah.. itu pun ambil yg termurah sekali tak pakai starter sebab perbezaan yg ada starter adalah dlm RM400.00 banyak tu kira kalau nak tambah sport rim boleh lah...
Pemanduan pertama memang best seronok yelah sebab dah lama tak bawa moto.. semenjak ada kereta...
Anak2 pun suka.. so buat masa ni motor ni hanya untuk dibawa ke kedai dan juga masjid je lah..sayang lagi nak tinggalkan di kl...
Satu kelebihan modenas utk model ni sebab quality dia memang berbeza berbanding model yang terdahulu...
Apo pun I like this CT110...
Wassallam.

Sunday, February 28, 2010

Menonton Teater " Antara" di Istana Budaya

Tandatangan Jamal Abdillah pada muka hadapan Majalah Pentas.
Dibahagian mukasurat ke 2 Jamal juga menurunkan tandatangannya... Jamal memang power nyanyiannya..
Nasha Aziz bersama peminatnya.. Comel sungguh Nasha Azizi ni dan aku salah seorang peminat beliau..
Farhin Ahmad merupakan peminat wife aku sebab tu dia nak tengok teater ini dan aku pula kerana Jamal Abdillah..
Add ImageSemasa diakhir persembahan Teater dan juga penyerahan Cek dari Tabung Haji kpd badan amal apa tah lupa...
Ziana sempat melambai..
Sebelum Teater bermula.
Aku dan Jamal...
Assallamualaikum...
Semalam sempena sambutan Maulidur Rasul aku dan wife telah menonton Teater di Istana Budaya yang bertajuk " Antara" arahan oleh Erma Fatimah.
Jalan ceritanya tak perlulah aku ceritakan kerana boleh guna google cari..
Aku pergi sebab nak tengok Jamal Abdillah menyanyi dan wife pergi sebab nak tengok Farhin Ahmad.
So oleh kerana minat masing-masing adalah sama maka sampilah kami di Istana Budaya..
Anak-anak kami tinggal seketika di rumah ditemankan oleh anak buah..
Kata wife teater last year lagi best compare this year punya Teater yang di arahkan oleh Erma Fatimah sempena Maulidur Rasul.
Penampilan Farhin dan Nasha Azizi hanyalah seketika di permulaannya sahaja selepas itu tiada lagi.. so kejap je lah.. lakonan mereka berdua tak lah hebat di Teater pada aku.. dan lebih malang lagi semasa mereka melakonkan tirai putih yang jarang tidak terangkat so tak berapa jelaslah apabila mereka melakonkan watak itu.. sebenarnya tirai itu adalah untuk menunjukkan ayat yang ingin disampaikan..
Tapi aku tak kisah sangat tentang itu..aku cuma nak tengok Jamal Abdillah..
Jamal menyanyikan 3-4 lagu...
Ini aku tengah menunggu Istana Budaya buat lagi konsert Jamal Abdillah aku pasti tengok..
Wassallam.



Thursday, February 18, 2010

Pemetik Api yang sangat besar...


Inilah pemetik api yang terbesar pernah aku lihat..
Memang besar.. kalau pada yang menghisap rokok tu kalau guna pemetik api ni setahun belum tentu habis lagi..
Kawan beli ni dekat Up town katanya....